Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 7

2023-03-21 18:24:16
662 views15:24
Ochish/sharhlash
2023-03-19 11:47:16 Jelas sudah ketika ini Barat mengambil pendekatan talam dua muka. Kita melihat barat mengambil tindakan segera terhadap pencerobohan di Ukraine manakala rakyat Palestin yang setiap hari menentang keganasan rejim Israel sudah terlalu lama menunggu tindakan serius daripada mereka yang kononnya membawa ‘keamanan’

Barat sebenarnya tidak serius pun dalam menangani keganasan yang dilakukan oleh rejim zionis Israel terhadap Palestin. Kita lihat bagaimana Barat menggunakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa secara selektif untuk menekan seteru utama mereka iaitu Rusia dengan terus melancarkan siasatan jenayah perang terhadap Rusia dalam konflik Rusia-Ukraine sehingga mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Rusia Vladimir Putin.

Namun dalam masa sama tiada seorang pun berani mendakwa jenayah yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya di Timur Tengah walaupun telah lebih 70 tahun rejim zionis Israel menjajah Palestin, organisasi antarabangsa yang lain tersangat lambat bertindak apabila ia membabitkan Palestin, tetapi apabila ia berkaitan dengan kepentingan Barat, mereka menjadi cepat dan tegas. Segala media utama Barat ketika ini telah berjaya memotretkan Rusia sebagai “aggressor“ dalam konflik Rusia-Ukraine. Tetapi dalam isu Palestin, semuanya diam membisu.
1.3K views08:47
Ochish/sharhlash
2023-03-19 11:47:07
1.3K views08:47
Ochish/sharhlash
2023-03-19 10:06:01 Genap 20 tahun Amerika Syarikat dan sekutunya menakluki Irak di bawah pimpinan George W. Bush dengan alasan kononnya memiliki “senjata pemusnah” selain mendakwa Saddam Hussein mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. Sehingga ke hari ini senjata pemusnah besar-besaran yang didakwa dimiliki oleh Iraq ketika itu (yang menjadikan justifikasi serangan ke atas Iraq oleh Presiden Bush), tidak dijumpai langsung, dan akhirnya kestabilan Iraq dibawah kepimpinan Saddam Hussein selama 24 tahun telah menjadi pertaruhan serta jutaan nyawa yang tidak berdosa menjadi korban.

Pada 6 November 2006, mahkamah mendapati Saddam Hussein bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Rayuannya gagal, dan Saddam menemui ajal di tali gantung pada 30 Disember 2006.

Apa yang berlaku di Asia Barat hari ini seperti kehancuran Iraq, Libya, Yemen dan Syria adalah akibat daripada polisi dan dasar Amerika Syarikat terhadap Israel serta monopoli industri minyak dan gas. ISIS, perang saudara mahupun pemberontakan yang berlaku di Iraq, Syria, Libya dan Yemen atau perang menentang keganasan dan senjata pemusnah hanyalah untuk mewujudkan huru-hara di Asia Barat yang memberikan kelebihan untuk Israel untuk melindungi tanah jajahan mereka, merampas lebih banyak tanah air milik rakyat Palestin dan menguasai kepentingan industri minyak dan gas di rantau terbabit.
1.6K views07:06
Ochish/sharhlash
2023-03-16 06:11:43
Banjir akibat hujan lebat melanda dua wilayah Turki yang musnah akibat gempa bumi bulan lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan menambah penderitaan ribuan yang kehilangan tempat tinggal, kata laporan media pada Rabu (15/3/2023) seperti yang dilaporkan oleh Associated Press.
2.8K views03:11
Ochish/sharhlash
2023-03-15 17:30:02
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengikuti page kecil ini. Kami memulakan page ini dengan memiliki followers yang sedikit dan kini ia telah mencapai 75K followers di instagram. Bagi kami ini baru permulaan, dimana kami mempunyai lebih banyak matlamat untuk dipenuhi.

Jika hari ini kita melihat tempat orang berlaku, boleh jadi kelak ia akan menimpa diri kita dan negara kita. Bersiap sedia lebih baik daripada berserah apabila sudah berlaku. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada saat ini kerana belum tentu esok kita dapat menikmatinya lagi.

Sejujurnya kami sentiasa memerhatikan komen rakan-rakan di setiap posting. Maafkan kami jika tidak sempat membalas komen atau mesej peribadi daripada rakan-rakan semua.

Followers datang kerana kesedaran, kita semua adalah teman. We aren’t profit, we don’t like popularity. Without you, we’re nothing.

-Sena
-Meng
-Idriss
-Hmei
3.1K viewsedited  14:30
Ochish/sharhlash
2023-03-14 17:43:02
Beberapa hari lalu, satu perkara yang mengejutkan kita semua berlaku di Silicon Valley yang menjadi pusat pembangunan pelbagai syarikat teknologi, apabila Bank Silicon Valley (SVB) mengalami kejatuhan, menjadikan ia antara kegagalan terbesar di Amerika Syarikat yang melibatkan bank.

Lantas, orang ramai beratur di sebuah bank di California, Amerika Syarikat untuk mengeluarkan wang selepas Bank Silicon Valley (SVB) menutup operasi pada Jumaat. Kumpulan kewangan SVB kini menjadi bank terbesar yang ditutup sejak krisis kewangan dunia pada 2008.

SVB Bank adalah bank kedua terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai deposit sebanyak usd 174 bilion.
1.1K views14:43
Ochish/sharhlash
2023-03-13 16:23:36 https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/polis-jangan-bagi-muka-siasat-peserta-pesta-lgbt/
1.5K views13:23
Ochish/sharhlash
2023-03-13 07:47:04
Dilaporkan berlangsung semalam perarakan LGBT yang berselindung disebalik Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur. Sememangnya kita sedang menghadapi cabaran yang lebih kritikal ketika ini dengan laungan kebatilan semakin lantang dibunyikan.

Ingat antara punca kejatuhan Empayar Uthmaniyyah adalah kerana wujudnya pengaruh kuasa luar yang didanai oleh kuasa-kuasa besar dan aktif berkeliaran meracuni pemimpin dan pemikiran rakyat secara halus.

Antara cara yang digunakan untuk meracuni umat Islam ialah dengan berupa pertubuhan-pertubuhan yang didirikan dengan menyebarkan cogan kata persaudaraan dan juga atas nama kemanusiaan. Di sebalik cogan kata itu hakikatnya mereka mempunyai tujuan yang jauh berbeza.Antara pertubuhan tersebut ialah Freemasonry dan pertubuhan-pertubuhan lain di bawah kekuasaannya seperti Kelab Rotary dan Kelab Lions.
1.2K views04:47
Ochish/sharhlash
2023-03-11 06:02:58 Selepas hampir lapan tahun Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, akhirnya kedua-dua negara ini sepakat memulihkan kembali hubungan diplomatik yang telah dikendalikan oleh China hasil rundingan selama lima hari di Beijing dan beberapa siri dialog di Iraq dan Oman.

Bukan ke Saudi itu kawan baik AS? Kenapa berdamai dengan Iran yang ditengahnya ada China? Mengapa tidak, dalam hubungan antarabangsa tiada kawan atau musuh yang kekal. Sama seperti situasi politik dalam negara kita. Benda paling asas disini adalah kepentingan masing-masing dan kuasa. Maka berlakulah pengumuman Saudi berbaik semula dengan Iran.

Mungkinkah perdamaian Saudi-Iran yang diuruskan oleh China ketika ini menjadi asas kepada petroyuan iaitu, minyak yang dijual untuk yuan China?

Adakah penjajaran semula order baharu dunia dan pengakhiran hegemoni AS hampir berlaku? Persoalan ini masih belum terjawab buat masa ini. Kita menyaksikan Rusia dan China hari ini menjadi sebagai pelopor kepada penjajaran order baharu dunia, banyak negara-negara lain seolah-olah tidak sabar untuk menyertainya. Ini tidak mengejutkan kerana kebanyakannya kecewa terhadap “pemerintahan dunia“ yang diterajui oleh kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat yang telah berlangsung sekian lama dan telah mendatangkan masalah selain beban yang amat besar.

Buat ‘Dunia Islam’, inilah masanya untuk menilai kembali apa yang telah dan sedang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia di mana sudah sampai masanya Dunia Islam perlu bangkit, bersatu padu dan bekerjasama demi untuk memartabatkan Islam kembali di atas muka bumi ini.
1.8K views03:02
Ochish/sharhlash