Get Mystery Box with random crypto!

Genap 20 tahun Amerika Syarikat dan sekutunya menakluki Irak d | Eskatologi Official

Genap 20 tahun Amerika Syarikat dan sekutunya menakluki Irak di bawah pimpinan George W. Bush dengan alasan kononnya memiliki “senjata pemusnah” selain mendakwa Saddam Hussein mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. Sehingga ke hari ini senjata pemusnah besar-besaran yang didakwa dimiliki oleh Iraq ketika itu (yang menjadikan justifikasi serangan ke atas Iraq oleh Presiden Bush), tidak dijumpai langsung, dan akhirnya kestabilan Iraq dibawah kepimpinan Saddam Hussein selama 24 tahun telah menjadi pertaruhan serta jutaan nyawa yang tidak berdosa menjadi korban.

Pada 6 November 2006, mahkamah mendapati Saddam Hussein bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Rayuannya gagal, dan Saddam menemui ajal di tali gantung pada 30 Disember 2006.

Apa yang berlaku di Asia Barat hari ini seperti kehancuran Iraq, Libya, Yemen dan Syria adalah akibat daripada polisi dan dasar Amerika Syarikat terhadap Israel serta monopoli industri minyak dan gas. ISIS, perang saudara mahupun pemberontakan yang berlaku di Iraq, Syria, Libya dan Yemen atau perang menentang keganasan dan senjata pemusnah hanyalah untuk mewujudkan huru-hara di Asia Barat yang memberikan kelebihan untuk Israel untuk melindungi tanah jajahan mereka, merampas lebih banyak tanah air milik rakyat Palestin dan menguasai kepentingan industri minyak dan gas di rantau terbabit.