Get Mystery Box with random crypto!

Dilaporkan berlangsung semalam perarakan LGBT yang berselindun | Eskatologi Official

Dilaporkan berlangsung semalam perarakan LGBT yang berselindung disebalik Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur. Sememangnya kita sedang menghadapi cabaran yang lebih kritikal ketika ini dengan laungan kebatilan semakin lantang dibunyikan.

Ingat antara punca kejatuhan Empayar Uthmaniyyah adalah kerana wujudnya pengaruh kuasa luar yang didanai oleh kuasa-kuasa besar dan aktif berkeliaran meracuni pemimpin dan pemikiran rakyat secara halus.

Antara cara yang digunakan untuk meracuni umat Islam ialah dengan berupa pertubuhan-pertubuhan yang didirikan dengan menyebarkan cogan kata persaudaraan dan juga atas nama kemanusiaan. Di sebalik cogan kata itu hakikatnya mereka mempunyai tujuan yang jauh berbeza.Antara pertubuhan tersebut ialah Freemasonry dan pertubuhan-pertubuhan lain di bawah kekuasaannya seperti Kelab Rotary dan Kelab Lions.