Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 6

2023-03-29 20:10:05
Belarus mengesahkan ia akan menempatkan “senjata taktikal nuklear“ Rusia di wilayahnya sebagai tindakbalas terhadap tekanan Barat selama bertahun - tahun termasuk peningkatan penempatan tentera NATO di sempadannya.
1.9K views17:10
Ochish/sharhlash
2023-03-29 20:07:57
Tentera Rusia telah memulakan latihan ketenteraan dengan pasukan peluru berpandu strategiknya menggunakan sistem peluru berpandu balistik antara benua terbaharunya “Yars“ yang mampu mencapai sehingga 11,000km selain mampu membawa beberapa peledak nuklear dalam satu - satu masa.
1.8K viewsedited  17:07
Ochish/sharhlash
2023-03-29 20:05:52
China berjanji akan bertindakbalas jika Speaker Dewan Kongres Amerika Syarikat Kevin McCarthy bertemu dengan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen ketika lawatannya ke Amerika Syarikat yang dijadualkan bulan hadapan.
1.7K views17:05
Ochish/sharhlash
2023-03-29 20:03:29
Regim zionis Israel melancarkan satelit pengintip beberapa hari selepas Arab Saudi dan Iran menandatangani perjanjian pemulihan hubungan antara kedua - dua negara.
1.8K views17:03
Ochish/sharhlash
2023-03-29 19:46:47
BREAKING - FIFA telah melucutkan hak penganjuran Indonesia untuk Piala Dunia Bawah 20 tahun lelaki, yang dijadualkan berlangsung dari 20 Mei hingga 11 Jun, berikutan kontroversi terhadap penolakan pasukan Israel kerana pencabulan terhadap Palestin.
1.9K viewsedited  16:46
Ochish/sharhlash
2023-03-27 19:23:29
Krisis politik dalaman yang berlaku di Israel.
387 views16:23
Ochish/sharhlash
2023-03-27 19:20:13
Perkembangan terkini di Timur Tengah. Salah satu perkembangan politik antarabangsa yang jadi topik hangat pada minggu ini ialah krisis politik yang sedang melanda Israel. Krisis dalaman sedang berlaku di Israel dimana protes besar-besaran berlangsung di Tel Aviv dan sekitar Israel susulan PM Netanyahu mengumumkan pemecatan ke atas Menteri Pertahanan.

Pada awalnya rakyat Israel berdemonstrasi bagi membantah rancangan kontroversi PM Benjamin Netanyahu bagi merombak sistem kehakiman negara itu. Kini protes itu dilihat semakin berlanjutan.

Perkembangan dalaman Israel ini akan menentukan perkembangan hubungan Israel-Palestin, dan juga geopolitik rantau Timur Tengah.
447 views16:20
Ochish/sharhlash
2023-03-21 20:03:40 Anggaran gempa bumi 7.7 magnitud di negara berikut: Turkmenistan, India, Kazakhstan, Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan, China, Afghanistan dan Kyrgyzstan. Pusat gempa berkemungkinan 90 km dari Kalafgan, Afghanistan. Butiran lanjut menanti.
2.2K views17:03
Ochish/sharhlash
2023-03-21 20:00:21 Just IN — Gempa bumi 7.7 melanda Pakistan & sebahagian India.
2.2K views17:00
Ochish/sharhlash
2023-03-21 18:24:19 Dua hari lepas merupakan genap 20 tahun Amerika Syarikat memulakan pencerobohannya ke atas Irak. Dan hari ini pada tarikh 21 Mac merupakan sedekad (10 tahun) kesyahidan Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi, yang merupakan ulama besar di Syria. Walaupun kedua-dua peristiwa berbeza masa, namun sebenarnya ia saling berkaitan.

Penaklukan di Irak telah membawa kepada kejatuhan Saddam Hussein sehingga beliau diheret ke tali gantung. Manakala di Syria, Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi menjadi korban syahid perang saudara yang berlaku di Syria. Pergolakan itu dikatakan berpunca daripada tempias semangat revolusi Arab spring yang berlaku di beberapa negara Arab.

Beliau dituduh sebagai penyokong kerajaan zalim kerana tidak memberikan fatwa wajib melawan pemerintah Syria( Assad). Di sisi yang lain, beliau dituduh mendiamkan diri kerana tidak mengeluarkan fatwa harus melawan rakyat yang memberontak. Akhirnya beliau dibunuh oleh pengebom berani mati ketika mana beliau menyampaikan ceramah.

Kita menyaksikan bagimana keghairahan rakyat pada ketika itu untuk menjatuhkan pemerintah Saddam Hussein dan Bashar Al Assad sehingga telah membawa kepada satu “pembukaan pintu fitnah” yang lebih mudarat dan bahaya.

Ekoran itu, rakyat mereka telah dihukum dengan suasana keadaan pada hari ini yang sentiasa hidup dalam keadaan huru hara, ketakutan dan kezaliman. Kita boleh belajar disini kekadang di dunia ini, kita tidak boleh terlalu idealistik mengejar kesempurnaan. Ada kalanya, kita perlu mengaku dengan realiti dan memilih perkara yang lebih ringan mudaratnya. Damailah wahai jiwa- jiwa yang telah terkorban akibat pembukaan pintu fitnah. Dan bagi umat Islam seharusnya mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku.
673 views15:24
Ochish/sharhlash