Get Mystery Box with random crypto!

Jelas sudah ketika ini Barat mengambil pendekatan talam dua mu | Eskatologi Official

Jelas sudah ketika ini Barat mengambil pendekatan talam dua muka. Kita melihat barat mengambil tindakan segera terhadap pencerobohan di Ukraine manakala rakyat Palestin yang setiap hari menentang keganasan rejim Israel sudah terlalu lama menunggu tindakan serius daripada mereka yang kononnya membawa ‘keamanan’

Barat sebenarnya tidak serius pun dalam menangani keganasan yang dilakukan oleh rejim zionis Israel terhadap Palestin. Kita lihat bagaimana Barat menggunakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa secara selektif untuk menekan seteru utama mereka iaitu Rusia dengan terus melancarkan siasatan jenayah perang terhadap Rusia dalam konflik Rusia-Ukraine sehingga mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Rusia Vladimir Putin.

Namun dalam masa sama tiada seorang pun berani mendakwa jenayah yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya di Timur Tengah walaupun telah lebih 70 tahun rejim zionis Israel menjajah Palestin, organisasi antarabangsa yang lain tersangat lambat bertindak apabila ia membabitkan Palestin, tetapi apabila ia berkaitan dengan kepentingan Barat, mereka menjadi cepat dan tegas. Segala media utama Barat ketika ini telah berjaya memotretkan Rusia sebagai “aggressor“ dalam konflik Rusia-Ukraine. Tetapi dalam isu Palestin, semuanya diam membisu.