Get Mystery Box with random crypto!

Selepas hampir lapan tahun Arab Saudi memutuskan hubungan dipl | Eskatologi Official

Selepas hampir lapan tahun Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, akhirnya kedua-dua negara ini sepakat memulihkan kembali hubungan diplomatik yang telah dikendalikan oleh China hasil rundingan selama lima hari di Beijing dan beberapa siri dialog di Iraq dan Oman.

Bukan ke Saudi itu kawan baik AS? Kenapa berdamai dengan Iran yang ditengahnya ada China? Mengapa tidak, dalam hubungan antarabangsa tiada kawan atau musuh yang kekal. Sama seperti situasi politik dalam negara kita. Benda paling asas disini adalah kepentingan masing-masing dan kuasa. Maka berlakulah pengumuman Saudi berbaik semula dengan Iran.

Mungkinkah perdamaian Saudi-Iran yang diuruskan oleh China ketika ini menjadi asas kepada petroyuan iaitu, minyak yang dijual untuk yuan China?

Adakah penjajaran semula order baharu dunia dan pengakhiran hegemoni AS hampir berlaku? Persoalan ini masih belum terjawab buat masa ini. Kita menyaksikan Rusia dan China hari ini menjadi sebagai pelopor kepada penjajaran order baharu dunia, banyak negara-negara lain seolah-olah tidak sabar untuk menyertainya. Ini tidak mengejutkan kerana kebanyakannya kecewa terhadap “pemerintahan dunia“ yang diterajui oleh kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat yang telah berlangsung sekian lama dan telah mendatangkan masalah selain beban yang amat besar.

Buat ‘Dunia Islam’, inilah masanya untuk menilai kembali apa yang telah dan sedang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia di mana sudah sampai masanya Dunia Islam perlu bangkit, bersatu padu dan bekerjasama demi untuk memartabatkan Islam kembali di atas muka bumi ini.