Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 13

2023-02-13 05:12:03
BREAKING - Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memberi amaran bahawa kita mesti bersedia untuk menghadapi potensi pandemik selesema burung H5N1.

China juga telah melaporkan strain patogenik selesema burung H5NA yang sangat berbahaya di wilayah Hunan China.

Ecuador juga mengesahkan jangkitan selesema burung pertama berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata mereka memantau keadaan dengan teliti. WHO juga berkata dunia harus bersedia untuk mencipta vaksin sekiranya selesema burung akan merebak ke seluruh dunia.

#ESKATOLOGI #birdflu
2.1K views02:12
Ochish/sharhlash
2023-02-12 16:25:29 Ketika ini objek terbang yang tidak dikenali telah dikesan berhampiran Rizhao di China, menurut media kerajaan China Global Times memetik pihak berkuasa maritim tempatan. Jangkaan menembak jatuh objek tersebut oleh tentera China adalah laporan yang akan berlaku nanti.

Di Amerika Syarikat pula, sebuah jet pejuang F-22 Amerika Syarikat menembak jatuh objek silinder yang tidak dikenali di atas Kanada pada hari Sabtu, 11 Februari 2023. Ia adalah tembakan kedua dalam beberapa hari kerana negara-negara di Amerika Utara meningkatkan amaran mereka berikutan insiden belon pengintip China.

Isu mengenai "Objek tidak dikenal pasti" yang muncul secara tiba-tiba sehari dua di China dan AS membuatkan kita berfikir adakah ia mengalihkan perhatian daripada sesuatu yang lain ataupun ‘psychological war’ yang telah dimainkan oleh China dan Amerika Syarikat.
1.6K views13:25
Ochish/sharhlash
2023-02-12 16:25:10
1.6K views13:25
Ochish/sharhlash
2023-02-11 11:56:48
Teringat akan pesanan daripada Almarhum Habib Abu Bakar Al Adni dalam satu ceramah beliau ketika fasa pandemik corona, Almarhum pesan, hari ini dunia dikawal oleh manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT. merekalah yang melakukan kerosakan dimuka bumi ini. Mereka inilah yang duduk bersama dibelakang tabir organisasi besar dunia. Bahkan keadaan hari ini hasil daripada percaturan politik dunia untuk berkuasa. Almarhum Habib Abu Bakar memberitahu bahawa fenomena kita hadapi ini hanya permulaan sahaja dan akan ada banyak lagi ujian yang akan datang di depan hari dan kita bakal rasakan nanti.

Almarhum Habib Abu Bakar Al Adni meninggalkan kita semua pada tarikh 27/7/2022. Hari ini, kita sudah hilang pelita besar di fasa akhir zaman ini. Makanya, berilah perhatian yang penuh kepada setiap kalam dan nasihat daripada Almarhum. Alfatihah.
2.4K views08:56
Ochish/sharhlash
2023-02-10 18:39:21 Pembentukan awan yang luar biasa dilihat di atas langit di Bursa, Turki pada 19 Januari lalu beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi yang dahsyat. Sebahagian orang ramai mengaitkan awan aneh itu dengan melalui gempa bumi berukuran 7.8 magnitud. Orang lain mengatakan teknologi HAARP Amerika telah digunakan untuk mendatangkan kemudaratan sedemikian kepada Turki.

Walau bagaimanapun, menurut Reuters, pakar meteorologi Turki mengatakan fenomena itu ‘adalah contoh awan kanta yang umumnya terbentuk akibat turun naik angin kencang di atas bukit dan gunung.’

Sejauh manakah persoalaannya, kita sebagai orang Islam haruslah beriman dan yakin bahawa semua yang berlaku adalah tidak lari daripada takdir Allah swt dan bagi orang yang beriman, konspirasi mahupun fitnah yang berlaku di akhir zaman adalah membuktikan nubuwwah kebenaran Nabi Muhammad SAW. Maka, mulai hari ini sibukan diri kita dengan memperkemaskan diri dengan ilmu dan amal dalam menempuhi zaman yang sangat menguji iman kita. Berkata ulama kita Syeikh Ali Jumuaah dengan berpesan bahawa kita sekarang ini sudah berada di penghujung akhir zaman. Tanda-tanda akhir zaman yang pertengahan telah selesai dan sekarang ini kita sedang menempuh kepada tanda-tanda besar akhir zaman. Sebelum keluarnya Dajjal, sudah banyak dah tandanya keluar. Bagaimana kita nak menyelamatkan diri kita ini melainkan kita berpegang kepada Nabi kita Muhammad SAW.
1.5K views15:39
Ochish/sharhlash
2023-02-10 07:50:11
Korea Utara telah mempamerkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang terbaharu dalam satu perarakan tentera di Padang Kim Il-sung, Pyongyang, malam Rabu. Perarakan tentera disaksikan oleh Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dan anak perempuannya.

[ :KCNA via Reuters]
2.8K views04:50
Ochish/sharhlash
2023-02-08 17:53:46 Saudara muslim sekalian, usah tangguh lagi beramal ibadat, perbanyakkanlah. Perbanyakkan selawat dan istighfar, jaga diri kita, anak-anak kita dan keluarga kita. Berusahalah sedaya upaya untuk bertaubat kpd Allah swt. Kami adalah orang yg terlalu banyak dosanya, tidak layak menasihati orang lain, namun atas sebab tanggungjawab dan ingin mengajak semua saudara dan rakan-rakan yang lain agar terus sedar daripada lena yang panjang, maka teruskanlah beramal, usah tangguh lagi.

Andai benar dunia sudah tua dan goyah dan janjiMu ttg kiamat itu sudah hampir tiba,Ya Allah Kau berikanlah kami kekuatan untuk kami mengharungi fitnah ini Ya Allah. Matikanlah kami semua di dalam golongan yang benar di jalanMu. Hanya Engkaulh Yang dpt menolong kami Ya Allah.Segala Puji BagiMu Tuhan Sekalian Alam.Aamiin
1.5K views14:53
Ochish/sharhlash
2023-02-08 17:37:54
Sabda Rasulullah saw:

"Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa.

Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.”

Hadis Riwayat Ahmad.
1.7K views14:37
Ochish/sharhlash
2023-02-07 08:02:54
UPDATE - Angka kematian akibat gempa bumi Turki-Syria mencecah 4,300 dan lebih 15,000 cedera.

Apabila alam sudah berbicara. Benar, bumi ini sudah tua dan sudah ke penghujungnya. Betapa Maha Besarnya kuasa Allah, membolak-balikkan hanya sekelip mata. Salam takziah buat mereka.

Doa buat Turki dan Syria. Alfatihah buat jiwa-jiwa yang terkorban. Sesungguhnya kita adalah milik Allah SWT dan semuanya akan kembali pada Allah SWT.
1.9K views05:02
Ochish/sharhlash
2023-02-06 12:28:33 Pihak berkuasa Turki dan Syria mengumumkan angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat pada hari Isnin (6/2) pagi telah mencecah ratusan orang. Sekurang-kurangnya 500 orang maut di kedua-dua negara, ribuan lagi cedera dan jumlah mangsa dijangka meningkat.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda tenggara Turki dan Syria telah meruntuhkan bangunan dan menyebabkan penduduk panik berlari keluar pada lewat malam musim sejuk.

Di bandar Turki yang dilanda gempa, berpuluh-puluh orang menarik ketulan konkrit dan serpihan logam dari bangunan. Orang ramai di jalanan menjerit ke arah orang lain di dalam bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh itu, senget berbahaya.

Sementara itu di sempadan Syria, gempa bumi memusnahkan kawasan yang dikawal oleh pembangkang yang menempatkan kira-kira 4 juta rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal dari bahagian lain di negara itu akibat perang saudara yang panjang.
2.4K views09:28
Ochish/sharhlash