Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 15

2022-12-17 09:29:14
1.8K views06:29
Ochish/sharhlash
2022-12-13 08:26:45
Don't Stop Talking About Palestine

Tentera rejim zionis Israel terus melakukan keganasan apabila membunuh seorang gadis Palestin berusia 16 tahun, Janah Zakarneh.

Dia ditembak mati oleh penembak tepat rejim Israel ketika duduk di atas bumbung rumahnya.

Dia adalah kanak-kanak Palestin ke-53 yang dibunuh oleh tentera rejim zionis Israel sejak awal 2022. Moga Syahid buat mereka.
1.2K views05:26
Ochish/sharhlash
2022-12-11 15:14:30
The Arab world is sick! Well done Morocco
2.8K views12:14
Ochish/sharhlash
2022-12-08 12:02:54 Kebangkitan Islam di akhir zaman pasti dan benar-benar berlaku. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa apabila bangsa Arab itu sendiri lemah dengan Islam maka Allah SWT telah tukar kepada orang Kurdish. Ketika itu, Solahuddin Al Ayubi yang memimpin Islam telah membebaskan Baitulmaqdis. Yang membebaskan adalah orang Kurdish bukan orang Arab.

Maka, apabila orang Kurdish sudah lemah pegangan Islam, muncul pula orang Turki dimana mereka yang telah menubuhkan Kerajaan Uthmaniah. Apabila Turki lemah lalu jatuh kerajaan Islam ketika itu.

Hari ini, kita menunggu bangsa mana yang kuat berpegang dengan ikatan ajaran Islam maka bangsa itulah yang akan menguasai dunia Islam. Bangsa mana, puak mana, yang betul-betul balik kepada Islam.

Siapa yang dulu balik kepada Islam dengan sungguh-sungguh, mereka yang akan jadi kuat. Bangsa yang memimpin dunia. Siapa yang tak balik kepada Islam walaupun dia Arab sekalipun tak jadi apa. Sebab itulah masa depan kita semua adalah dengan segera kembali bertaut kepada agama dengan berpaksikan aqidah yang benar.

Insha’Allah, setiap 100 tahun Allah swt akan hantar seorang mujaddid yang akan membawa pembaikan dan perubahan kepada umat Islam. Kalau perkara ini benar-benar berlaku semasa kita hidup, kalau kita tidak bersama untuk bangkit dengan kebangkitan ini, kita akan rasa rugi yang amat sangat. Tegakkanlah syiar Islam, walaupun kemenangan bukan di masa kita namun biarlah kita tetap dalam memperjuangkan Islam.

Disebalik cerita gusar sebenarnya telah ada mesej kebangkitan yang sedang berlaku. Persiapkan.
1.7K views09:02
Ochish/sharhlash
2022-12-08 12:02:42
1.6K views09:02
Ochish/sharhlash
2022-12-06 14:35:16 Rejim zionis Israel sedang panik! Ketika ini di Netflix sedang ditayangkan sebuah filem yang berjudul “ Farha “, sebuah filem berdasarkan kisah benar tentang seorang anak gadis remaja berumur 14 tahun bernama Farha yang hidup ketika berlakunya peristiwa Nakba pada tahun 1948 di Palestin dimana beliau menyaksikan pembunuhan dan kekejaman termasuk pembunuhan ahli keluarganya berserta seorang bayi ketika tentera zionis menyerbu perkampungannya pada ketika itu.

Filem Farha yang telah viral ini telah mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada para pemimpin rejim zionis Israel dan membuatkan mereka tidak senang duduk sehinggakan mereka berkempen di media sosial bagi menggesa orang ramai membatalkan langganan Netflix. Mereka menggangap kononnya filem ini merupakan satu penipuan, fitnah dan naratif yang berniat jahat terhadap regim zionis Israel serta mengecam Netflix kerana menayangkan filem tersebut kepada umum.

Nampaknya, rejim zionis Israel cuba untuk menyembunyikan sejarah hitam peristiwa Nakba 1948. Mereka takut dan sangat risau sekiranya masyarakat dunia tahu tertubuhnya negara haram Israel atas tumpahan darah ratusan ribu rakyat Palestin , termasuklah anak-anak kecil yang tidak bersalah. Israel dibangunkan atas kekejaman, dan kewujudan apa pun yang dibangunkan atas dasar itu, maka hasilnya ia adalah sebuah kehancuran suatu hari nanti. Insha’Allah Palestin akan merdeka dan bebas dari cengkaman regim zionis Israel.
1.4K views11:35
Ochish/sharhlash
2022-12-06 14:35:10
1.3K views11:35
Ochish/sharhlash
2022-12-04 18:31:51 Ambil peduli dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Terkini, terdapat tiga letusan gunung berapi yang sedang berlaku di seluruh bahagian dunia.

Dalam beberapa jam terakhir sahaja dunia menyaksikan tiga gunung berapi yang telah bangun daripada tidurnya iaitu gunung berapi terbesar dunia Mauna Loa terletak di Kepulauan Hawaii Lautan Pasifik Utara, Gunung Semeru di Indonesia iaitu jiran kita, dan Gunung Hunga Tonga juga antara Gunung Berapi terbesar dunia yang terletak di Lautan Pasifik Selatan.

Kesan daripada kejadian itu, Jepun langsung telah bersiap siaga dengan sebarang ancaman berlakunya tsunami. Dijangkakan gempa bumi dan letusan gunung berapi akan semakin aktif berikutan pergerakan plat bumi yang semakin aktif akibat tarikan graviti.

Bagi mereka yang berfikir, cepat-cepat buat persiapan segala aspek. Keaadan kita hari ini sebenarnya memang sudah sampai pada tahap dimana semua tanda-tanda kecil kiamat hampir kesemuanya sudah berlaku. Hanya menanti tanda-tanda besar kiamat. Ayuh tingkatkan amalan. Perbanyakkan selawat di fasa akhir kepada akhir zaman ini.
676 viewsedited  15:31
Ochish/sharhlash
2022-12-04 18:31:49
618 views15:31
Ochish/sharhlash
2022-12-03 19:49:02
Sejak awal tahun 2022 hingga ke hari ini, seramai 159 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah syahid dibunuh oleh rejim Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Dan dalam tempoh beberapa jam terakhir sahaja, sudah 10 rakyat Palestin telah dibunuh oleh rejim tersebut di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. Inilah normalisasi keganasan yang terus dilakukan oleh penjajah Israel. Ayuh teruskan berdoa untuk saudara kita disana. InshaAllah kehancuran rejim Israel akan tiba.
560 views16:49
Ochish/sharhlash