Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 11

2023-02-20 19:08:50
JUST IN- Siren serbuan udara telah dibunyikan apabila Presiden AS Joe Biden tiba di Kyiv, Ukraine dalam lawatannya. Amerika Syarikat akan menghantar bantuan $500 juta senjata ke Ukraine bagi melawan Rusia . Dalam masa sama yang sama, Presiden Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa, “Jika China bersekutu dengan Rusia,maka perang dunia akan tercetus”.
2.1K views16:08
Ochish/sharhlash
2023-02-19 11:24:24
Delegasi Apartheid rejim Israel dihalau keluar dari Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika di Addis Ababa pada 18/2. Rejim zionis Israel tidak boleh dialu-alukan di mana-mana.

Israel menuduh Iran bearada di sebalik pengusiran tersebut dengan menggunakan tangan-tangan Algeria dan Afrika Selatan. Media melaporkan bahawa Suruhanjaya Kesatuan Afrika telah membatalkan jemputan Israel ke pembukaan sidang kemuncak itu, tetapi rejim Israel tetap muncul.
1.9K views08:24
Ochish/sharhlash
2023-02-18 18:49:02
Naib Presiden AS, Kamala Harris membuat kenyataan yang sangat jelas di Persidangan Keselamatan Munich hari ini.

"Amerika Syarikat telah secara rasmi menetapkan bahawa Rusia telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan."

Kenyataan yang penuh dengan hipokrit. Adakah apa yang berlaku selama ini di Iraq, Afghanistan, Yaman, Syria, Libya dan lain lagi tiada jenayah kemanusiaan yang dilakukan? Sehingga meragut jutaan nyawa manusia yang tidak bersalah. Dunia ketika ini dijadikan papan catur oleh Zionis dan Amerika Syarikat dan mana-mana negara yang tidak sehaluan dengan mereka dan menjadi ancaman kepada mereka akan ditentang atas nama “melawan keganasan”. atau “kemanusiaan” ataupun terus dihimpit oleh mana-mana sekatan daripada pertubuhan dunia. AS dan sekutunya pasti akan berjumpa buku dengan ruas.
2.1K views15:49
Ochish/sharhlash
2023-02-18 14:16:14
Ketika ini Pengasas Teknologi Microsoft Bill Gates, Ketua Pengarah WHO Tedros, dan Menteri Kesihatan Jerman bertemu di Persidangan Keselamatan Munich.

Dalam satu tweet daripada Menteri Kesihatan Jerman Lauterbach, beliau berkata, "Pandemik baharu sudah pasti. Satu-satunya persoalan ialah: bila dan adakah kita lebih bersedia ketika itu? Kami telah berusaha untuk itu"

Anda bersedia?
2.0K views11:16
Ochish/sharhlash
2023-02-18 07:57:22
Lebih 10 ribu kontena dan kabin yang digunakan ketika Piala Dunia Qatar dihantar ke Turkiye-Syria sebagai perumahan sementara buat mangsa gempa. Superb love

Follow our backup @eskatologiofficial2 !
2.3K views04:57
Ochish/sharhlash
2023-02-17 17:24:42
Dunia telah menjadi gila ketika ini . Selepas berbulan-bulan perdebatan yang kadang-kadang hangat di kalangan ahli parlimen Sepanyol. Kini ahli parlimen Sepanyol pada hari ini memberikan kelulusan muktamad kepada undang-undang yang membenarkan orang ramai menukar jantina mereka secara bebas dari usia 16 tahun, pada masa negara-negara Eropah lain menahan diri subjek kontroversi ini, lapor EuroNewsTv.
2.8K viewsedited  14:24
Ochish/sharhlash
2023-02-17 12:34:11
Netflix dilaporkan akan menayangkan siri dokumentari mengenai kehilangan misteri pesawat MH370 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Pesawat yang membawa 239 orang itu terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan. Siri dokumentari ini bakal ditayangkan pada 8/3/23, sembilan tahun setelah pesawat ini ‘misteri hilang’.

Semoga kebenaran terungkap. Doakan untuk mangsa korban pesawat MH370.

Fun facts: Tun Dr Mahathir pada 9 Mac 2015 menyifatkan laporan interim kehilangan pesawat MH370 sebagai pelik dan khuatir wujud 'permainan teknologi' di sebaliknya.

#mh370 #beijing #kualalumpur
959 views09:34
Ochish/sharhlash
2023-02-17 11:18:54
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Ukraine telah menjadi pangkalan Zionis yang diwujudkan. Hakikatnya, Ukraine telah dipergunakan dan menjadi badut kepada Amerika dan NATO bagi melakukan provokasi. Barat mempunyai rancangan untuk menggunakan Ukraine sebagai buah catur untuk melemahkan dan mengganggu Rusia.

Dunia mesti sedar bahawa janganlah memandang rendah terhadap risiko besar perang nuklear Perang di Ukraine. Kita berharap perang itu ditamatkan serta tidak mengheret menjadi Perang Dunia Ketiga. Serta, rantau Asia Tenggara dan Laut China Selatan janganlah cuba menjadi medan perang. Kita mendoakan juga supaya Zionis berjaya dihapuskan oleh umat Islam, serta Masjid al-Aqsa dan Palestin berjaya dibebaskan. Salam Jumaat.
1.3K views08:18
Ochish/sharhlash
2023-02-17 11:15:14 Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman telah mengumumkan pelancaran New Murabba Development Co. (New Murabba) yang bersedia untuk mengubah pusat bandar Riyadh melalui pembinaan pengalaman hidup, bekerja dan hiburan yang unik serba moden.

New Murabba akan menawarkan lebih daripada 25 juta km persegi keluasan lantai, 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel, 980,000 meter persegi ruang runcit, 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 meter persegi aset riadah dan 1.8 juta meter persegi kemudahan komuniti.

Projek itu akan menampilkan radius berjalan kaki selama 15 minit dan mempunyai sistem pengangkutan dalaman sendiri dengan pemanduan 20 minit dari lapangan terbang.

Kawasan ini bakal menjadi tuan rumah Mukaab, sebuah mercu tanda ikonik yang menampilkan teknologi inovatif terkini dan akan menjadi salah satu struktur binaan terbesar di dunia pada ketinggian 400 meter, lebar 400 meter, dan panjang 400 meter untuk mengambil bentuk padu bagi memastikan penggunaan muktamad daripada ruang.

Diinspirasikan oleh gaya seni bina Najdi moden, Mukaab akan menjadi destinasi mengasyikkan pertama di dunia yang menawarkan pengalaman yang dicipta oleh teknologi digital dan maya dengan holografik terkini.

Projek itu adalah sebahagian daripada strategi Dana Pelaburan Awam untuk mempelbagaikan sumber pendapatan untuk ekonomi Saudi. Ia dijangka menambah kira-kira AS$50 bilion kepada ekonomi bukan berasaskan minyak dan mewujudkan 334,000 pekerjaan langsung dan tidak langsung menjelang 2030 – tahun projek dijangka siap. Arab Saudi pun sedar mereka tidak akan bergantung sepenuhnya kepada minyak.
1.3K views08:15
Ochish/sharhlash
2023-02-17 11:15:07
1.2K views08:15
Ochish/sharhlash