Get Mystery Box with random crypto!

Pembentukan awan yang luar biasa dilihat di atas langit di Bur | Eskatologi Official

Pembentukan awan yang luar biasa dilihat di atas langit di Bursa, Turki pada 19 Januari lalu beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi yang dahsyat. Sebahagian orang ramai mengaitkan awan aneh itu dengan melalui gempa bumi berukuran 7.8 magnitud. Orang lain mengatakan teknologi HAARP Amerika telah digunakan untuk mendatangkan kemudaratan sedemikian kepada Turki.

Walau bagaimanapun, menurut Reuters, pakar meteorologi Turki mengatakan fenomena itu ‘adalah contoh awan kanta yang umumnya terbentuk akibat turun naik angin kencang di atas bukit dan gunung.’

Sejauh manakah persoalaannya, kita sebagai orang Islam haruslah beriman dan yakin bahawa semua yang berlaku adalah tidak lari daripada takdir Allah swt dan bagi orang yang beriman, konspirasi mahupun fitnah yang berlaku di akhir zaman adalah membuktikan nubuwwah kebenaran Nabi Muhammad SAW. Maka, mulai hari ini sibukan diri kita dengan memperkemaskan diri dengan ilmu dan amal dalam menempuhi zaman yang sangat menguji iman kita. Berkata ulama kita Syeikh Ali Jumuaah dengan berpesan bahawa kita sekarang ini sudah berada di penghujung akhir zaman. Tanda-tanda akhir zaman yang pertengahan telah selesai dan sekarang ini kita sedang menempuh kepada tanda-tanda besar akhir zaman. Sebelum keluarnya Dajjal, sudah banyak dah tandanya keluar. Bagaimana kita nak menyelamatkan diri kita ini melainkan kita berpegang kepada Nabi kita Muhammad SAW.