Get Mystery Box with random crypto!

Dua hari lepas merupakan genap 20 tahun Amerika Syarikat memul | Eskatologi Official

Dua hari lepas merupakan genap 20 tahun Amerika Syarikat memulakan pencerobohannya ke atas Irak. Dan hari ini pada tarikh 21 Mac merupakan sedekad (10 tahun) kesyahidan Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi, yang merupakan ulama besar di Syria. Walaupun kedua-dua peristiwa berbeza masa, namun sebenarnya ia saling berkaitan.

Penaklukan di Irak telah membawa kepada kejatuhan Saddam Hussein sehingga beliau diheret ke tali gantung. Manakala di Syria, Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi menjadi korban syahid perang saudara yang berlaku di Syria. Pergolakan itu dikatakan berpunca daripada tempias semangat revolusi Arab spring yang berlaku di beberapa negara Arab.

Beliau dituduh sebagai penyokong kerajaan zalim kerana tidak memberikan fatwa wajib melawan pemerintah Syria( Assad). Di sisi yang lain, beliau dituduh mendiamkan diri kerana tidak mengeluarkan fatwa harus melawan rakyat yang memberontak. Akhirnya beliau dibunuh oleh pengebom berani mati ketika mana beliau menyampaikan ceramah.

Kita menyaksikan bagimana keghairahan rakyat pada ketika itu untuk menjatuhkan pemerintah Saddam Hussein dan Bashar Al Assad sehingga telah membawa kepada satu “pembukaan pintu fitnah” yang lebih mudarat dan bahaya.

Ekoran itu, rakyat mereka telah dihukum dengan suasana keadaan pada hari ini yang sentiasa hidup dalam keadaan huru hara, ketakutan dan kezaliman. Kita boleh belajar disini kekadang di dunia ini, kita tidak boleh terlalu idealistik mengejar kesempurnaan. Ada kalanya, kita perlu mengaku dengan realiti dan memilih perkara yang lebih ringan mudaratnya. Damailah wahai jiwa- jiwa yang telah terkorban akibat pembukaan pintu fitnah. Dan bagi umat Islam seharusnya mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku.