Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 36

2022-02-21 18:16:23
Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Muskaan dilihat memasuki kampus seperti biasa, namun disambut dengan laungan ejekan dan hinaan daripada sekumpulan lelaki yang berpakaian selendang kunyit – warna yang dikaitkan dengan nasionalis Hindu – yang mula melaungkan “Jai Shri Ram” atau “kemenangan kepada Tuhan Ram”. Ketika sekumpulan lelaki itu mula mengejeknya, Khan yang berpakaian serba hitan dengan tudung terletak kemas di kepalanya dan berpelitup muka tidak mengendahkan lelaki-lelaki tersebut. Malah beliau tetap berdiri teguh dengan pendiriannya sambil menjerit ‘Allahu Akbar’ sebagai balasan kepada ejekan yang beliau terima.

Dalam satu temuramah bersama BBC dari rumahnya di Bandar Mandya, negeri Karnataka, Khan memberitahu bahawa apa yang beliau lakukan adalah untuk mempertahankan haknya sebagai seorang wanita Muslim dan mempertahankan haknya sebagai seorang rakyat yang bebas untuk menuntut ilmu.

Kredit: Twitter Mohammed Zubair
3.4K views15:16
Ochish/sharhlash
2022-02-21 16:15:15
Baru-baru ini, umat Islam di India telah ditindas oleh kerajaan Perdana Menteri Nerendra Modi.

Isu ini bermula apabila sebuah sekolah yang dikendalikan kerajaan di daerah Udupi, Karnataka melarang pelajar yang memakai tudung daripada memasuki bilik darjah, sekaligus mencetuskan protes di luar pintu pagar sekolah.

Selepas daripada itu, lebih banyak sekolah di negeri itu menguatkuasakan larangan yang sama sehingga memaksa Mahkamah Tinggi negeri tersebut campur tangan.

Provokasi yang dibuat ini benar-benar mencetuskan kemarahan Umat Islam seluruh dunia. Semoga Allah lindungi saudara kita disana daripada puak pelampau.
4.1K views13:15
Ochish/sharhlash
2022-02-16 08:45:01
Normalisasi ini ke arah "husnuzzon" terhadap Israel yang sedang menghala ke arah matlamat Israel Raya atau dikenali sebagai Pax Judaica. Pax Judaica ini perlulah mendapat sokongan negara negara sekitarnya dahulu iaitu Arab. Bersediakah kita umat akhir kepada Akhir Zaman?
2.8K views05:45
Ochish/sharhlash
2022-02-15 17:04:17
Fitnah akhir zaman adalah fitnah paling dasyat dalam peradaban manusia. Apa yang tak berlaku dizaman ini? Semua dosa umat terdahulu ada dizaman ini, jenis yang sembah berhala, jenis yang suka pasangan sejenis seperti umat Nabi Luth, jenis mengamalkan sihir dan syirik seperti Firaun, jenis zalim seperti Namrudz, jenis gila harta dan tamak haloba seperti Qarun, jenis yang menolak dan menentang kebenaran seperti Abu Jahal. Semuanya penyakit pada zaman dahulu telah datang balik pada hari ini dan tidak lama lagi keluarlah yang jenis mengaku jadi tuhan dan itulah Dajjal.
2.9K views14:04
Ochish/sharhlash
2022-02-08 10:44:08
Untuk mencapai New World Order, ketakutan melampau perlulah dicipta. Keadaan hari ini adalah satu ‘alat’ paling ampuh untuk mencipta ketakutan yang tidak berasas.

Kita sentiasa diasak dengan terma new norms sebagai satu proses halus ke arah New World Order (NWO). Matlamatnya adalah satu proses ke arah pengawalan total seluruh manusia di dunia dan menjadikan manusia sebagai hamba kerakusan pihak tertentu yang ingin mengambil alih hak dan kebebasan manusia lain. Pihak tersebut mahukan manusia berada pada tahap samarata di bawah kawalan mereka.

Welcome to reality.
3.2K views07:44
Ochish/sharhlash
2022-01-29 15:52:58 Tetapi jikalau kita sudah merasa sudah sampai maqam hanya boleh kenyang dgn zikrullah, dan boleh puasa tiap² hari & boleh hidup dgn oksigen shj setiap hari ketika tanda² atau bencana alam sedang rakus meratah bumi, maka silakan....

7. Persediaan menjelang huru-hara tanda kiamat bukanlah berkait soal makanan semata², akan tetapi ianya MESTI menyeluruh dari segenap aspek kehidupan seseorg mukmin. Dan sudah tentu persediaan iman & amal tetap berada ditangga NO. 1 dan terdahulu utk senantiasa disediakan oleh kita. Rohani & jasmani, dalaman & luaran. Kuatkan iman, tuntut ilmu, ikuti majlis rohani & zikir, jaga kesihatan, jaga persekitaran, jaga akhlak, selalu riadah, memanah, berkuda, bermain pedang dll... Misal yg berkaitan adalah menjaga nyawa juga adalah salah satu maqasid syariah, dan menjaga nyawa ini meliputi dari hal makan minum, bahkan menjaga kesihatan serta keselamatan diri dari bahaya & ancaman. Begitu jg dgn menyediakan kekuatan & pembelaan diri.

Sebab itu apabila ditanya kepada Abuya Syed Muhammad Alawi al Maliki ketikamana mengapa beliau masih menyimpan pedang didinding rumahnya sedangkan beliau sudah pun mulai lanjut usia, beliau menjawab ;- "Ketahuilah wahai anakku..siapa sahaja orang yang menyimpan pedang didalam rumahnya serta diniatkan untuk membantu Imam Mahdi ra ketika sudah waktu nya diutus nanti
Maka ALLAH SWT akan membalas dengan niat yang tulus itu dengan pahala jihad fi sabilillah disetiap detiknya selama masih terdapat niat di dirinya dan pedang tersebut dirumahnya"..

8. Terlampau 'ghuluw' di dalam soal persediaan ini juga adalah tanda bahawa tujuannya itu bukanlah dipandu oleh akal & agama, akan tetapi sedang dipandu oleh nafsu & takut juga sedang diperdaya oleh syaitan yg sedang mengintai peluang & jarumnya walau dalam urusan ibadat manusia.

Misalnya ada yg menyimpan makanan yg melampau², sehinggakan setiap waktu makan ada bahagiannya. Siap jadual breakfast makan apa, supper makan apa, lunch makan apa, dinner makan apa, sampaikan stok utk minum petang pn difikirkan & dipersediakannya.. Kopi teh, sirap... sampai stok makan seperti pek ayam masak merah, daging kering dll.. Nak pergi berkelah atau apa ya?! Hasbunallah..

9. Isyarat yg ada pd tanda² akhir zaman yg kita MESTI FAHAM, adalah suasana kelaparan yg takkan terelak utk dilalui oleh setiap mukmin, dan itulah perjalanannya. Keadaan org² mukmin ketika itu adalah KESULITAN & KESUSAHAN samada kita suka atau tidak itulah keadaannya. Yakni bukanlah suasana kenyang atau semisal suasana atau bentuk makan minum kita yg wujud skrg ini utk kita bawa atau aplikasikan di zaman² akhir nanti jika Allah izinkan & jika ditetapkan ke atas kita utk lalui semua itu. Sebab itu kita perlu faham bahawa suasana akan berubah, dan org² mukmin ketika itu paling tinggi pun bentuk makanan mereka adalah tidak lebih dari utk melapik perut sahaja utk terus hidup walau terpaksa makan akar & pucuk kayu di hutan, yakni bukanlah suasana bersenang² dalam penuh kekenyangan.

10. Disini juga saya bebeza pandangan dengan sesiapa sahaja yg menganggap bahwa menyimpan stok makanan ini adalah kerna sia² atau ghuluw (melampau²), kerana usaha ini adalah termasuk dalam saranan & amalan Nabi yg bukan shj perlu diambilberat di masa² genting, tetapi Nabi s.a.w sendiri pernah melakukannya jg di masa² kebiasaan, yg kita dapat ambil istifadah dari nas² yg ada..

Wallahua'lam

Kredit kepada Pak Ngah alDimashqy
2.4K views12:52
Ochish/sharhlash
2022-01-29 15:52:58 Ada teman² meminta pandangan saya tentang persediaan makanan ketika akhir zaman.

Jawapan :

Sebelum ini saya sudah jawab tentang isu ini, dan disini saya akan huraikan sedikit lagi bagi menjelaskan kekeliruan pada yang kelihatan agak 'alergik' dgn isu ini, dan tak kurang juga pada yg terlampau 'obses' dengan usaha 'prep' mereka.

1. Pertamanya kita kena faham, bahawa di antara tanda² kecil & tanda² besar akhir zaman adalah berkait dengan tanda² atau fenomema² alam semesta yg bakal terjadi sesuai dengan khabar dari Rasulillah s.a.w. Sebahagian besar tanda² alam ini membawa bencana & kemusnahan yg pastinya membawa kesulitan dalam kehidupan manusia termasuklah dalam soal makan & minum.

2. Sebagai contoh dari khabar Nabi s.a.w :-
"Barang sesiapa yg melihat satu tiang merah (dalam satu riwayat satu tiang dari api yg akan dilihat oleh sekalian penduduk bumi) yg (akan kelihatan) keluar dari sebelah Timur pada bulan Ramadan, maka simpanlah oleh kalian akan makanan (yg mencukupi kehidupan) setahun kalian, kerana sesungguhnya tahun itu adalah tahun kelaparan!". -Riwayat atTabrani

Berkata ahli ilmu :- "Yang dimaksudkan dengan tiang api merah di langit itu adalah gas² yg terhasil dari kesan geseran bintang berekor dengan langit, lalu gas² beracun ini akan memberi kesan yg besar kepada sumber air bumi & meracuni tumbuh-tumbuhan, lalu bumi akan mula menjadi tandus akibat kurangnya hujan dan kebuluran juga akan mula tersebar di seluruh pelusuk alam". Peristiwa ini bakal berlaku sebelum tanda besar kiamat lagi, bahkan masih jauh dari zaman Dajjal..

3. Persediaan bagi menghadapi sesuatu musibah sepertimana yg dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk menyimpan makanan yg mencukupi selama setahun seperti di dalam hadis di atas, bukanlah sesuatu yg pelik & ganjil kerana baginda Nabi s.a.w sendiri pernah melakukkannya sepertimana yg diriwayatkan oleh sidna Umar :-

“Sesungguhnya Nabi menjual kurma Bani An-Nadhir dan menyimpan makanan untuk persediaan selama setahun bagi keluarga beliau,”.

Sesungguhnya keadaan² yg tidak menentu atau situasi genting yg sentiasa menyelubungi kehidupan Nabi seperti memenuhi seruan jihad, umpamanya yg secara tidak langsung akan menyulitkan usaha menyediakan keperluan kepada keluarga baginda, maka hal sebegini adalah merupakan isyarat yg sangat penting, kerana rezeki itu tidaklah tersedia setiap hari, makanya utk memenuhi keperluan hari esok haruslah dititikberatkan. Bahkan terkadang Nabi menyimpan makanan utama untuk persediaan lebih dari satu tahun, seandainya makanan yang disimpan tidak rosak.

4. Faktor 'Malahim' (peperangan²) yg bakal berlaku juga, ada antara krisis yg akan menyumbang kpd sukarnya atau peritnya utk mendapatkan makanan walau kita memiliki harta, emas & wang ringgit sekalipun belum tentu dapat dinilai tinggi dgn makanan yg ada, dan mungkin seakan² sudah tiada nilainya..

5. Usaha sedemikian juga adalah mengambil asbab atau ikhtiar yg dituntut di dalam kehidupan bahkan disyorkan apabila tanda² musibah telah mula dihidu kedatangannya dari isyarat² nas atau dari isyarat² alam yg ada. Misalnya mengambil iktibar & peringatan dari fiqh ke atas ilmu falak yg ada menyatakan bahawa kebiasaannya akan terjadi banjir besar sebelum atau selepas wabak, dan peristiwa yg biasa terjadi selepas berlalunya satu² wabak adalah bencana 'kebuluran'. Sesungguhnya setiap amal persediaan utk kebaikan itu 'makjur' (yakni akan diganjari oleh Allah).

6. Point penting yg perlu juga kita kena faham, adalah kita kena sedar diri di tahap manakah iman kita atau dimaqom mana kita sedang berada disisi Allah.. Jikalau kita yg dhoif ini sedar andai apabila makanan sudah tiada lalu akan menyebabkan kita seperti hilang akal dan kewarasan agama, maka sediakanlah bentuk kehidupan & persediaan yg sesuai utk menjaga iman kita, agar kita sentiasa menghadapi kehidupan dengan tenang & terjaga khususnya disaat² huru-hara.
2.4K views12:52
Ochish/sharhlash
2022-01-29 15:52:47
2.1K views12:52
Ochish/sharhlash
2022-01-28 15:09:40
2.0K views12:09
Ochish/sharhlash
2022-01-28 15:06:22
MADU HUTAN ASLI IMAN ILAHI

Hampa sarapan apa pagi ni??Dah amal madu hutan ke? jgn lupa, satu 2 sudu setiap pagi taw!!

Sebenarnya, madu mengandungi fructose. Sejenis gula semulajadi dalam madu yang memberi tenaga secara sustained (berterusan) pada tubuh manusia.

Mengikut fakta MARDI,sebahagian atlet negara dibekalkan madu sebagai energy supplement. Hebat ke tak hebat?

Natural is the best!

#maduimanilahi
#penawarrahsiaalam
#maduhutan100%

Berminat wasap no kat bawah

https://mywa.link/maduimanilahi
2.1K views12:06
Ochish/sharhlash