Get Mystery Box with random crypto!

Ada teman² meminta pandangan saya tentang persediaan makanan k | Eskatologi Official

Ada teman² meminta pandangan saya tentang persediaan makanan ketika akhir zaman.

Jawapan :

Sebelum ini saya sudah jawab tentang isu ini, dan disini saya akan huraikan sedikit lagi bagi menjelaskan kekeliruan pada yang kelihatan agak 'alergik' dgn isu ini, dan tak kurang juga pada yg terlampau 'obses' dengan usaha 'prep' mereka.

1. Pertamanya kita kena faham, bahawa di antara tanda² kecil & tanda² besar akhir zaman adalah berkait dengan tanda² atau fenomema² alam semesta yg bakal terjadi sesuai dengan khabar dari Rasulillah s.a.w. Sebahagian besar tanda² alam ini membawa bencana & kemusnahan yg pastinya membawa kesulitan dalam kehidupan manusia termasuklah dalam soal makan & minum.

2. Sebagai contoh dari khabar Nabi s.a.w :-
"Barang sesiapa yg melihat satu tiang merah (dalam satu riwayat satu tiang dari api yg akan dilihat oleh sekalian penduduk bumi) yg (akan kelihatan) keluar dari sebelah Timur pada bulan Ramadan, maka simpanlah oleh kalian akan makanan (yg mencukupi kehidupan) setahun kalian, kerana sesungguhnya tahun itu adalah tahun kelaparan!". -Riwayat atTabrani

Berkata ahli ilmu :- "Yang dimaksudkan dengan tiang api merah di langit itu adalah gas² yg terhasil dari kesan geseran bintang berekor dengan langit, lalu gas² beracun ini akan memberi kesan yg besar kepada sumber air bumi & meracuni tumbuh-tumbuhan, lalu bumi akan mula menjadi tandus akibat kurangnya hujan dan kebuluran juga akan mula tersebar di seluruh pelusuk alam". Peristiwa ini bakal berlaku sebelum tanda besar kiamat lagi, bahkan masih jauh dari zaman Dajjal..

3. Persediaan bagi menghadapi sesuatu musibah sepertimana yg dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk menyimpan makanan yg mencukupi selama setahun seperti di dalam hadis di atas, bukanlah sesuatu yg pelik & ganjil kerana baginda Nabi s.a.w sendiri pernah melakukkannya sepertimana yg diriwayatkan oleh sidna Umar :-

“Sesungguhnya Nabi menjual kurma Bani An-Nadhir dan menyimpan makanan untuk persediaan selama setahun bagi keluarga beliau,”.

Sesungguhnya keadaan² yg tidak menentu atau situasi genting yg sentiasa menyelubungi kehidupan Nabi seperti memenuhi seruan jihad, umpamanya yg secara tidak langsung akan menyulitkan usaha menyediakan keperluan kepada keluarga baginda, maka hal sebegini adalah merupakan isyarat yg sangat penting, kerana rezeki itu tidaklah tersedia setiap hari, makanya utk memenuhi keperluan hari esok haruslah dititikberatkan. Bahkan terkadang Nabi menyimpan makanan utama untuk persediaan lebih dari satu tahun, seandainya makanan yang disimpan tidak rosak.

4. Faktor 'Malahim' (peperangan²) yg bakal berlaku juga, ada antara krisis yg akan menyumbang kpd sukarnya atau peritnya utk mendapatkan makanan walau kita memiliki harta, emas & wang ringgit sekalipun belum tentu dapat dinilai tinggi dgn makanan yg ada, dan mungkin seakan² sudah tiada nilainya..

5. Usaha sedemikian juga adalah mengambil asbab atau ikhtiar yg dituntut di dalam kehidupan bahkan disyorkan apabila tanda² musibah telah mula dihidu kedatangannya dari isyarat² nas atau dari isyarat² alam yg ada. Misalnya mengambil iktibar & peringatan dari fiqh ke atas ilmu falak yg ada menyatakan bahawa kebiasaannya akan terjadi banjir besar sebelum atau selepas wabak, dan peristiwa yg biasa terjadi selepas berlalunya satu² wabak adalah bencana 'kebuluran'. Sesungguhnya setiap amal persediaan utk kebaikan itu 'makjur' (yakni akan diganjari oleh Allah).

6. Point penting yg perlu juga kita kena faham, adalah kita kena sedar diri di tahap manakah iman kita atau dimaqom mana kita sedang berada disisi Allah.. Jikalau kita yg dhoif ini sedar andai apabila makanan sudah tiada lalu akan menyebabkan kita seperti hilang akal dan kewarasan agama, maka sediakanlah bentuk kehidupan & persediaan yg sesuai utk menjaga iman kita, agar kita sentiasa menghadapi kehidupan dengan tenang & terjaga khususnya disaat² huru-hara.