Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 37

2022-01-26 17:18:03
Adakah akan berulang pakatan Rusia vs Amerika Syarikat - Eropah ?

Konflik Ukraine - Rusia ketika ini sudah memasuki tahap genting apabila terdapat jumlah yang tinggi tentera Rusia saat ini telah berada di sempadan Ukraine - Rusia.

Hampir seluruh dunia terutamanya negara kuasa - kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara - negara Eropah percaya bahawa tindakan tersebut akan berakhir dengan peperangan di antara kedua - dua negara di mana muktamadnya akan berlaku penaklukan Rusia ke atas Ukraine sebagaimana jangkaan banyak pihak.

Walaubagaimanapun, sebahagian penganalisa geopolitik dunia meramalkan bahawa tindakan Rusia tersebut hanyalah sebagai provokasi terhadap Ukraine dan Barat khususnya NATO yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.
2.6K views14:18
Ochish/sharhlash
2022-01-25 15:09:27 Melalui pelbagai laporan berita dunia, langit Ukraine-Rusia kini nampaknya meriah dengan pesawat. Kebanyakannya adalah milik Rusia dan Nato. Penggunaan teknologi radio, satelit dan 'recon' dilaporkan sedang rancak berlaku di sempadan.

Debaran hadir tatkala rundingan Moscow dan Washington di Geneva gagal mencapai kata setuju. Dek kegagalan tersebut terbit maklumat operasi taktik 'false flag' ditempatkan di timur Kiev, ibu negara Ukraine. Risiko untuk tercetus perang amatlah tinggi, hanya menunggu 'petikan jari' oleh Putin. Walaupun secara fizikal perang besar belum berlaku, Ukraine sedang menghadapi serangan siber oleh Rusia.

Seperti biasa, AS dilihat sedang menjadi hero dan telah memberi amaran yang tegas dan Rusia pula masih berhujah bahawa mereka hanya memantapkan pertahanan negara.

Hakikatnya, kita semua tidak meminta perang namun ia benda yang tersurat.

Tatanan dunia baru perlu melalui great reset. Bagaimana teknologi dihapuskan, bagaimana nyawa-nyawa dikorbankan, biological dan chemical warfare, bagaimana senjata-senjata dilupuskan, bagaimana peralatan elektrik dan elektronik malfunction?

Kerosakan alam dan kematian jiwa menyebabkan penduduk langit dan bumi marah. Kemarahan ini akan ditafsirkan dalam bentuk bencana alam pula.

Bila bermulanya nanti, ia adalah tahun-tahun sengsara dan tidak dapat kembali lagi. Hargailah saat saat ini.
3.7K views12:09
Ochish/sharhlash
2022-01-25 15:09:24
2.4K views12:09
Ochish/sharhlash
2022-01-23 15:41:08 [UPDATES] Berita Dunia Terkini.

1. Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov bertemu di Geneva, Switzerland untuk membincangkan krisis di Ukraine.

https://www.nytimes.com/live/2022/01/21/world/russia-us-ukraine

2. Terdapat tanda - tanda yang menunjukkan akan berlaku satu lagi kebangkitan di Mesir.

https://www.middleeastmonitor.com/20220120-the-signs-suggest-that-another-uprising-looms-in-egypt/

3. Ukraine mendakwa Rusia telah membekalkan senjata, peluru dan peralatan ketenteraan kepada kumpulan pro Rusia di timur Ukraine disamping secara aktif merekrut tentera upahan untuk berperang dalam konflik ketika ini.

https://www.aljazeera.com/news/2022/1/21/ukraine-says-russia-recruiting-mercenaries-sending-arms-to-east

4. Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menyatakan amaran Joe Biden terhadap Rusia berisiko menjejaskan kestabilan krisis Ukraine - Rusia.

https://www.aljazeera.com/news/2022/1/20/moscow-says-biden-threats-risk-destabilising-ukraine-crisis

5. Canselor Jerman Olaf Scholz menolak jemputan Joe Biden untuk membincangkan krisis Ukraine.

https://www.reuters.com/world/europe/german-chancellor-turned-down-biden-invite-discuss-ukraine-crisis-der-spiegel-2022-01-21/

6. Iran, China dan Rusia mengadakan latihan tentera laut di utara Lautan Hindi.

https://www.reuters.com/world/india/iran-china-russia-hold-naval-drills-north-indian-ocean-2022-01-21/

7. Britain memberi amaran kepada Vladimir Putin dan Xi Jinping : Barat akan menentang “ diktator “.

https://www.reuters.com/world/uk/britain-warns-putin-xi-west-will-stand-up-dictatorship-2022-01-20/

8. Rusia mahu tentera NATO meninggalkan Romania dan Bulgaria.

https://www.reuters.com/world/europe/russia-wants-nato-forces-leave-romania-bulgaria-foreign-ministry-2022-01-21/

9. Sepanyol menghantar kapal perang ke Laut Hitam dan berkemungkinan menghantar jet pejuang berikutan krisis Ukraine - Rusia yang semakin memuncak.

https://www.reuters.com/world/spain-sends-warships-black-sea-considers-sending-warplanes-2022-01-20/

10. China dan Rusia menghalang cubaan Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan ke atas 5 warga Korea Utara di PBB.

https://www.aljazeera.com/news/2022/1/20/china-stalls-us-bid-to-sanction-north-koreans-at-united-nations
4.6K views12:41
Ochish/sharhlash
2022-01-17 16:09:36
Salah satu letupan gunung berapi bawah air paling dasyat pernah dirakam oleh satelit telah berlaku di lautan Tonga beberapa hari lepas. Kejadian alam itu juga telah menyebabkan amaran tsunami besar dikeluarkan sehingga sejauh 2300km ke New Zealand.

Bunyi letupan juga telah didengari sehingga 800km ke kepulauan Fiji. Ratusan ribu warga Tonga telah diarahkan berpindah dan penduduk di kawasan pantai sehingga New Zealand diarahkan berhati-hati.

Menurut laman berita Matangi Tonga, satelit merakamkan letupan selebar 5km dan setinggi 20km ke udara. Gunung berapi bawah air ini teletak hanya 64km dari ibu kota Tonga.

Jepun baru saja mengeluarkan amaran tsunami dengan kemungkinan ombak setinggi 3 meter bakal menimpa negara matahari terbit itu setelah letusan gunung berapi di Tonga.
Tsunami dengan ombak setinggi 1.2 meter telah sah menghentam pulau Amami dan Tokara di Jepun tadi.

Credit- JatIkhwan
2.1K views13:09
Ochish/sharhlash
2022-01-14 13:32:04
"Siapa yang mengajar Tauhid, Usul, Fiqh dan Tasawwuf tapi tidak membaca realiti Akhir Zaman, dia tidak tahu fitnah-fitnah di Akhir Zaman, maka orang ini hanyut.

Kerana dia tidak mengikut waqi ketika zaman telah berubah, dia tidak ada tajdid dalam dakwah, dia akan hanyut dengan fitnah Akhir Zaman, dia tidak tahu siapa yang mencatur dunia, dia tidak ada pendirian dan dia tak tahu duduk di celah mana.

Nabi dah sebut semuanya tapi dia tidak kaji, maka dia akan terus hanyut dalam fitnah."

Habib Abu Bakar Adni al-Masyhur.
2.4K views10:32
Ochish/sharhlash
2022-01-14 09:06:08
Seorang senator negeri Virginia, Amerika Syarikat berdepan gelombang kecaman daripada kumpulan Muslim Amerika selepas beliau mengkritik pemakaian hijab dan niqab wanita muslim ketika membuat ucapan menentang mandat pelitup muka.

Dia mendakwa bahawa "2300 tahun dahulu, tindakan orang Arab memaksa wanita lain untuk menutup hidung dan mulut mereka itu merupakan pelanggaran kehendak dan keperibadian mereka, dan mencacatkan peribadi wanita. Ia menjadikan mereka tunduk. Itulah sebabnya mereka mengenakan penggunaan mandatori kepada setiap wanita”.
2.9K views06:06
Ochish/sharhlash
2022-01-11 08:03:08
Kumpulan Hamas memaklumkan telah menangkap seorang warga Palestin yang didakwa bekerjasama dengan agensi pengintip Israel, Mossad, dalam pembunuhan seorang pakar persenjataan kumpulan itu di Malaysia dan juga merupakan seorang imam Palestin.

Menurut laporan The Times Of Israel, Dr. Fadi Mohammed al-Batsh, seorang jurutera elektrik kelahiran Gaza dan ahli Hamas, telah ditembak mati oleh dua penunggang motosikal ketika dia berjalan untuk menunaikan solat subuh di Kuala Lumpur pada 2018.

Asasnya memang bahawa Mossad dan Zionis sedang berkeliaran dan menembusi sempadan negara untuk melakukan pembunuhan terhadap pimpinan umat Islam di seluruh pelosok dunia yang memberi ancaman kepada mereka.

Realitinya, Isr4el memang mengamalkan keganasan dan dilindungi oleh kuasa-kuasa besar.
4.0K views05:03
Ochish/sharhlash
2022-01-01 15:15:02 Kita boleh lihat bagaimana ‘kuasa ghaib’ menguasai masyarakat dunia dengan menentukan apa yang boleh dan yang tidak boleh menjadi solusi kepada sesuatu masalah yang mereka cipta. Mereka hanya mahu kita percaya 100% kepada solusi mereka.

Solusi mereka dipromosikan dan kemudiannya ini dijadikan ratiban atau ‘tasbih rasmi’ di media seluruh dunia seolah menjadi satu kewajipan masyarakat dunia.

Selagi mana mereka tidak menjumpai Imam Al Mahdi, selagi itulah benda ini akan berterusan. Namun, Al Mahdi sentiasa dijaga oleh Allah swt.

Begitulah sama contohnya apa yang telah berlaku pada zaman Firaun apabila suatu ketika Firaun bermimpi seorang bayi laki-laki naik ke tempat tidurnya dan memakai mahkotanya, maka setelah terbangun ia memanggil semua ahli tafsir mimpinya untuk menakwilkan mimpi tersebut. Semua ahli tafsir mimpinya sepakat bahwa makna mimpi itu adalah akan lahir seorang bayi laki-laki yang akan menghancurkan Fir'aun dan kerajaannya. Lantas dari itu, Firaun mengarahkan agar dibunuh semua bayi lelaki.

Namun, perancangan Allah Maha Hebat, bayi lelaki itu (Nabi Musa) tetap dalam perlindunganNya. Peristiwa ini dirakamkan dalam Quran.

“yaitu ketika Kami mengilhamkan kepada ibumu suatu yang diilhamkan, Yaitu: "Letakkanlah ia (Musa) didalam peti, kemudian lemparkanlah ia ke sungai (Nil), maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Fir'aun) musuh-Ku dan musuhnya. Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku, (Q.S. Thaahaa : 38-39)

“Dan (ingatlah hai Bani Israil), ketika Kami menyelamatkan kamu dari (Fir'aun) dan kaumnya, yang mengazab kamu dengan azab yang sangat jahat, yaitu mereka membunuh anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup wanita-wanitamu. Dan pada yang demikian itu cobaan yang besar dari Tuhanmu." (Q.S. Al-A’raaf : 141)
3.5K views12:15
Ochish/sharhlash
2022-01-01 15:14:58
2.3K views12:14
Ochish/sharhlash