Get Mystery Box with random crypto!

Naib Presiden AS, Kamala Harris membuat kenyataan yang sangat | Eskatologi Official

Naib Presiden AS, Kamala Harris membuat kenyataan yang sangat jelas di Persidangan Keselamatan Munich hari ini.

"Amerika Syarikat telah secara rasmi menetapkan bahawa Rusia telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan."

Kenyataan yang penuh dengan hipokrit. Adakah apa yang berlaku selama ini di Iraq, Afghanistan, Yaman, Syria, Libya dan lain lagi tiada jenayah kemanusiaan yang dilakukan? Sehingga meragut jutaan nyawa manusia yang tidak bersalah. Dunia ketika ini dijadikan papan catur oleh Zionis dan Amerika Syarikat dan mana-mana negara yang tidak sehaluan dengan mereka dan menjadi ancaman kepada mereka akan ditentang atas nama “melawan keganasan”. atau “kemanusiaan” ataupun terus dihimpit oleh mana-mana sekatan daripada pertubuhan dunia. AS dan sekutunya pasti akan berjumpa buku dengan ruas.