Get Mystery Box with random crypto!

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata ASEAN tidak boleh menja | Eskatologi Official

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata ASEAN tidak boleh menjadi “ proksi “ kepada mana-mana negara, disaat ketegangan antara China dan Amerika Syarikat di Asia Pasifik semakin memuncak.

Kita melihat konflik masa depan dijangka menjadikan Laut China Selatan sebagai platform proksi di antara Barat dan Timur. Perlumbaan antara kuasa Barat yang diterajui Amerika Syarikat dan Britain dan kuasa Timur oleh China dan Rusia dijangka berterusan dengan menjadikan Laut China Selatan pentas pertelingkahan antara kedua-dua blok kuasa besar ini. 

Negara kecil seperti Malaysia pada ketika ini seharusnya bijak memilih pendirian dan tepat supaya tidak terlibat secara langsung dalam konflik di Asia Pasifik.

Berada di tengah konflik dan menjadi 'kuasa' pengimbang adalah jalan terbaik buat Malaysia. Belajar dari Thailand bagaimana mereka mengelakkan Siam daripada dijajah.