Get Mystery Box with random crypto!

- Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan dalam satu pertemuan b | Eskatologi Official

- Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan dalam satu pertemuan baru bersama Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Istanbul berkata Ukraine layak menjadi ahli pakatan tentera NATO.

Sudah pasti Rusia akan mengikut rapat perkembangan ini dan akan panas bila mendengar Erdogan berkata Ukraine layak menyertai NATO. Kenapa? Kerana pembesaran NATO akan menyebabkan Rusia kehilangan 1000 kilometer kawasan buffer untuk melindungi Moscow. NATO dilihat sebagai ancaman kepada Rusia kerana sistem pertahanan peluru berpandu yang ada pada NATO akan melemahkan keupayaan sistem pertahanan Rusia. Semua ini dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan Rusia, maka sebab itulah hubungan Rusia dengan negara2 barat menjadi semakin buruk atas isu pembesaran NATO.

Mesti ada yang tertanya-tanya, Turki berpihak kepada siapa sebenarnya? Dalam konteks ini Turki cuba untuk memaksimumkan sebanyak mungkin kepentingan negara mereka tanpa terikat dengan mana-mana kuasa besar (balancing act). Turki sedar akan kepentingan negara mereka bagi AS dan NATO serta hubungan Turki dan Rusia juga telah dimanfaatkan oleh Erdogan untuk menekan EU mengenai keahlian Turki. Kesimpulannya, tindakan seperti ini selain menguji tahap kebijaksanaan pemimpin, ia juga bergantung kepada geografi sesebuah negara.

Nak faham politik antarabangsa pada hari ini, wajib faham apa itu NATO.

: AP