Get Mystery Box with random crypto!

Tel Aviv harus mengelak daripada menyerang kemudahan nuklear I | Eskatologi Official

Tel Aviv harus mengelak daripada menyerang kemudahan nuklear Iran melainkan ia mempunyai kapasiti untuk memusnahkannya sepenuhnya, kata bekas ketua Perisikan Tentera Israel (MOSSAD), Tamir Pardo, pada (23/11/2021).

Bercakap pada panel di persidangan Institut Dasar dan Strategi Universiti Reichman di Herzliya, Pardo memberi amaran bahawa serangan tentera ke atas program nuklear Iran akan jauh lebih rumit daripada serangan Tentera Udara Israel yang berjaya ke atas reaktor Iraq dan Syria.

"Jika tidak mungkin untuk menutup perniagaan ini seperti yang kita lakukan dalam Operasi Opera [menentang program nuklear Iraq pada 1981], maka lebih baik kita berfikir dua kali," katanya.