Get Mystery Box with random crypto!

Kita dikejutkan dengan rancangan kerajaan United Kingdom (UK) | Eskatologi Official

Kita dikejutkan dengan rancangan kerajaan United Kingdom (UK) untuk mengharamkan H4M4S. Rancangan ini disahkan oleh Menteri Dalam Negeri UK, Priti Patel, ketika berucap di Washington DC Jumaat lepas (19 November).

Patel dalam ucapannya menyebut: “H4M4S mempunyai keupayaan pengganas yang ketara, termasuk capaian kepada persenjataan yang luas dan canggih, serta kemudahan latihan pengganas, dan ia telah lama terlibat dalam tindakan keganasan yang ketara.”

Sebelum ini UK hanya mengharamkan sayap ketenteraan H4M4S sahaja. Tetapi Patel berpandangan ia satu tindakan sambil lewa kerana “H4M4S (turut) terlibat dalam melakukan, mengambil bahagian, bersiap sedia dan menggalakkan tindakan keganasan.”

Usul pengharaman ini telah dibentangkan di parlimen UK dan akan didebatkan pada minggu ini. Sekiranya diluluskan, ia akan berkuatkuasa serta-merta seawal 26 November 2021 (Jumaat ini).

Pengharaman ini akan menjadikan UK sebaris dengan Amerika Syarikat (US), Kanada dan Kesatuan Eropah (EU) yang turut mengharamkan kumpulan tersebut secara keseluruhannya.

British sepatutnya meminta maaf dan membetulkan dosa sejarahnya terhadap rakyat Palestin dan bukannya menyokong penceroboh dengan mengorbankan mangsa," selar H4M4S. Ini hanya mengulangi kesilapan British ketika meluluskan Deklarasi Balfour pada tahun 1917 yang menjadi bato loncatan kepada penubuhan negara haram Zionis di Palestin.