Get Mystery Box with random crypto!

Tiga Perkara Yang Diingatkan Oleh Al-Farouq كتب الفاروق عمر ب | Channel_AkhawaatFillahPurwokerto

Tiga Perkara Yang Diingatkan Oleh Al-Farouq

كتب الفاروق عمر بن الخطاب رضي الله عنه:
• تعلموا سورة براءة.
• وعلموا نساءكم سورة النور.
• وحلوهن الفضة.
(سنن سعيد بن منصور - التفسير 1003)

Al-Farouq Umar bin al-Khothob رضي الله عنه berkata dalam suratnya:
• Pelajari oleh kalian Surah Baroah (At-Taubah).
• Ajarkan Surah An-Nur (pada isteri dan puteri kalian).
• Serta hiasi mereka dengan perak.
(Sunan Said bin Mansur - At-Tafsir 1003)

Umar bin al-Khothob رضي الله عنه katakan itu kerana:
• Surah At-Taubah padanya terdapat hukum-hukum tentang jihad, wala' wal baro' serta masalah keberanian sehingga kaum lelaki perlu mempelajarinya.
• Surah An-Nur mengajarkan tentang kehormatan, hijab, menutup aurat serta hukum-hukum tentang zina dan cambuk (sebatan), sehingga kaum wanita perlu mempelajarinya.
• Adapun perak maka ia merupakan perhiasan yang indah dan harganya lebih murah dari emas maka tidak membebani (suami atau ayah).

Wallahu a'lam.

Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf

bit.ly/akhawaatfillahpurwokerto
AFIP