Get Mystery Box with random crypto!

APABILA PEMUDA AL-KAHFI “BERTEMU” NABI MUSA (Refleksi Hubungan | Syaari Ab Rahman

APABILA PEMUDA AL-KAHFI “BERTEMU” NABI MUSA
(Refleksi Hubungan Indah Antara Kisah Pemuda dan Kisah Nabi Musa Dalam Surah al-Kahfi)

Antara tautan yang indah antara kisah pemuda al-Kahf dengan kisah Musa mencari Khadir ialah kalimah “ajaib” (عَجَباً) yang terdapat pada kedua-dua kisah. Ayat 9 menyebutkan bahawa bukanlah kisah pemuda al-Kahfi satu-satunya peristiwa ajaib yang boleh diatur oleh Allah. Ayat 63 pula menyatakan ajaibnya cara ikan yang dibawa sebagai bekal oleh Nabi Musa dan muridnya kembali hidup dan kembali laut. Apakah pengajaran yang indah antara kisah pemuda al-Kahfi yang disangka mati rupanya hidup semula dengan kisah ikan yang disangka mati rupanya hidup semula ?

Juga kalimah “berlindung” (أَوَى) Ayat 10 dan 16 menyatakan pemuda telah memohon perlindungan dari Allah lalu mereka diilhamkan untuk menuju ke sebuah gua. Ayat 63 menyatakan bahawa Nabi Musa dan muridnya telah berlindung di sebuah batu besar semasa keduanya berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Lalu apa pengajaran antara satu pihak menuju ke tempat perlindungan dan satu pihak lagi tidak menyedari mereka baru sahaja meninggalkan tempat yang mereka mendapat perlindungan untuk seketika ?

Seterusnya dan ini yang paling jelas ialah kalimah “pemuda” ( فَتَى) Ayat 10 dan 13 menyebabkan kita pembaca surah ini mesti memberi perhatian kepada kaum pemuda agar mereka boleh meneladani pemuda al-Kahfi. Ayat 60 pula mendatangkan Nabi Musa sebagai model guru dan pendidik yang memberi perhatian kepada pemuda sehingga mengajaknya bersama melakukan perjalanan mencari Khadir.

Penyampai menemui 10 lagi tautan yang indah bersama pengajaran yang menarik untuk dikongsikan kepada anda.

Tautan ini bukanlah sengaja diada-adakan. Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi dari awal hingga akhir pasti akan menyedari ada beberapa kalimah yang pernah digunakan Allah di awal surah, kembali disebut di hujung surah. Seakan al-Quran sendiri sedang mentafsirkan satu ayat dengan ayat yang lain dalam surah yang sama. Al-Quran sedang memperkemas kefahaman kita kepada sesuatu konsep yang sedang ditegaskan surah al-Kahfi, yang memerlukan kita memberi perhatian.

TARIKH : 11 September 2022 (Ahad)
MASA : 7.30 am - 9.00 am
PLATFOM KELAS : Aplikasi Zoom
YURAN PENDAFTARAN : RM 30

Early bird price sebelum 4 September: RM20

BOLEH MENDAFTAR DI LINK INI :
https://tinyurl.com/3fk339cf

HUBUNGI : +601137606950 atau di link ini
www.wasap.my/601137606950
www.wasap.my/601137606950
www.wasap.my/601137606950

Jumpa anda nanti ya, in shaa Allah!