Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 10

2023-02-22 09:43:37
MYSTERY - Bola logam besar misteri yang dikesan di pantai di Kota Hamamatsu minggu ini mendorong polis tempatan untuk memanggil skuad bom. Pemeriksaan teliti mendedahkan ia bukan ancaman namun tidak menjelaskan apa sebenarnya.

Ia adalah objek dengan diameter 1.5 meter yang muncul di Shizuoka, Jepun. Pantai tersebut ditutup seketika.
948 views06:43
Ochish/sharhlash
2023-02-22 08:21:08
DALAM NEGARA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang pada Selasa.

Penjenayah scammer ini dipercayai telah memperoleh kira-kira AUD60 juta (kira-kira RM200 juta) hasil menipu mangsa-mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang. Bagaimanapun, ini adalah sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion

Serbuan dijalankan dengan kaedah risikan ‘intelligence base investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dan beberapa kaedah siasatan digunakan.

Risikan juga dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar dan juga dibuat oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM
1.7K views05:21
Ochish/sharhlash
2023-02-22 02:34:52
AMARAN - Dunia bakal berperang merebut air dan makanan kata Naib Presiden Suruhanjaya Eropah FransTimmermans

Ia menimbulkan salah satu risiko terbesar kepada keselamatan di seluruh dunia.
2.5K views23:34
Ochish/sharhlash
2023-02-22 02:27:04
NOW - Presiden Rusia Vladimir Putin pada 21/2 Selasa mendakwa Barat telah mencetuskan perang global untuk memusnahkan Rusia. Putin menyatakan bahawa Rusia akan menggantung penyertaannya dalam perjanjian dengan Amerika Syarikat [Perjanjian START Baharu] yang menghadkan senjata nuklear strategik kedua - dua negara.

Rusia dan AS bersama-sama memegang 90% daripada kepala peledak nuklear dunia.Perjanjian START Baharu mengehadkan setiap pihak kepada 1,550 kepala peledak pada pelancar peluru berpandu dan pengebom berat yang digunakan. Kedua-dua pihak memenuhi had pusat menjelang 2018.

Putin, sejak setahun lalu berulang kali membayangkan bahawa Rusia boleh menggunakan senjata nuklear mereka jika diancam, melainkan Barat dan NATO berundur dari Ukraine. Putin berkata konflik itu telah dipaksa ke atas Rusia, terutamanya oleh perluasan kuasa NATO ke arah timur sejak Perang Dingin.
2.3K views23:27
Ochish/sharhlash
2023-02-22 02:13:18
China menafikan sekeras - kerasnya dakwaan Amerika Syarikat bahawa China sedang mempertimbangkan untuk membekalkan senjata kepada Rusia dan Amerika Syarikat tidak berada dalam kedudukan untuk membuat tuntutan selepas komentar Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken.
2.2K views23:13
Ochish/sharhlash
2023-02-22 02:09:19
JUST IN - Presiden Chin Xi Jinping membuat lawatan ke Rusia — WSJ

Di samping itu: Hubungan China-Rusia kukuh dan akan menahan perubahan dalam persekitaran antarabangsa, kata diplomat tertinggi China Wang Yi semasa lawatannya ke Moscow hari ini.
2.3K views23:09
Ochish/sharhlash
2023-02-21 14:34:36 Jangan lupa Allah, Allah swt ada dengan kita.
1.6K views11:34
Ochish/sharhlash
2023-02-21 02:25:43
WATCH: Rakaman menunjukkan detik ketika gempa bumi 6.4 magnitud tengah malam tadi melanda wilayah sempadan antara Turki dan Syria. Allahuakhbar
1.1K views23:25
Ochish/sharhlash
2023-02-20 20:46:28
Gempa bumi terbaru 6.4 turkey-syria: Beberapa bangunan dilaporkan runtuh di utara Syria selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda wilayah itu.
2.0K views17:46
Ochish/sharhlash
2023-02-20 20:27:45
Ketika ini, gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda sempadan Turki-Syria — USGS

https://earthquake.usgs.gov/earthquakes/eventpage/us6000jqcn/executive
1.9K viewsedited  17:27
Ochish/sharhlash