Get Mystery Box with random crypto!

Syaari Ab Rahman

Telegram kanalining logotibi syaariabrahman — Syaari Ab Rahman S
Telegram kanalining logotibi syaariabrahman — Syaari Ab Rahman
Kanal manzili: @syaariabrahman
Toifalar: Din
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 4.92K
Kanalning ta’rifi

Berkongsi nukilan tadabbur dan keajaiban semasa aku berinteraksi dengan al-Quran

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

0


Oxirgi xabar

2022-09-01 07:55:30 APABILA PEMUDA AL-KAHFI “BERTEMU” NABI MUSA
(Refleksi Hubungan Indah Antara Kisah Pemuda dan Kisah Nabi Musa Dalam Surah al-Kahfi)

Antara tautan yang indah antara kisah pemuda al-Kahf dengan kisah Musa mencari Khadir ialah kalimah “ajaib” (عَجَباً) yang terdapat pada kedua-dua kisah. Ayat 9 menyebutkan bahawa bukanlah kisah pemuda al-Kahfi satu-satunya peristiwa ajaib yang boleh diatur oleh Allah. Ayat 63 pula menyatakan ajaibnya cara ikan yang dibawa sebagai bekal oleh Nabi Musa dan muridnya kembali hidup dan kembali laut. Apakah pengajaran yang indah antara kisah pemuda al-Kahfi yang disangka mati rupanya hidup semula dengan kisah ikan yang disangka mati rupanya hidup semula ?

Juga kalimah “berlindung” (أَوَى) Ayat 10 dan 16 menyatakan pemuda telah memohon perlindungan dari Allah lalu mereka diilhamkan untuk menuju ke sebuah gua. Ayat 63 menyatakan bahawa Nabi Musa dan muridnya telah berlindung di sebuah batu besar semasa keduanya berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Lalu apa pengajaran antara satu pihak menuju ke tempat perlindungan dan satu pihak lagi tidak menyedari mereka baru sahaja meninggalkan tempat yang mereka mendapat perlindungan untuk seketika ?

Seterusnya dan ini yang paling jelas ialah kalimah “pemuda” ( فَتَى) Ayat 10 dan 13 menyebabkan kita pembaca surah ini mesti memberi perhatian kepada kaum pemuda agar mereka boleh meneladani pemuda al-Kahfi. Ayat 60 pula mendatangkan Nabi Musa sebagai model guru dan pendidik yang memberi perhatian kepada pemuda sehingga mengajaknya bersama melakukan perjalanan mencari Khadir.

Penyampai menemui 10 lagi tautan yang indah bersama pengajaran yang menarik untuk dikongsikan kepada anda.

Tautan ini bukanlah sengaja diada-adakan. Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi dari awal hingga akhir pasti akan menyedari ada beberapa kalimah yang pernah digunakan Allah di awal surah, kembali disebut di hujung surah. Seakan al-Quran sendiri sedang mentafsirkan satu ayat dengan ayat yang lain dalam surah yang sama. Al-Quran sedang memperkemas kefahaman kita kepada sesuatu konsep yang sedang ditegaskan surah al-Kahfi, yang memerlukan kita memberi perhatian.

TARIKH : 11 September 2022 (Ahad)
MASA : 7.30 am - 9.00 am
PLATFOM KELAS : Aplikasi Zoom
YURAN PENDAFTARAN : RM 30

Early bird price sebelum 4 September: RM20

BOLEH MENDAFTAR DI LINK INI :
https://tinyurl.com/3fk339cf

HUBUNGI : +601137606950 atau di link ini
www.wasap.my/601137606950
www.wasap.my/601137606950
www.wasap.my/601137606950

Jumpa anda nanti ya, in shaa Allah!
311 viewsedited  04:55
Ochish/sharhlash
2022-09-01 07:55:25
298 viewsedited  04:55
Ochish/sharhlash
2022-08-26 17:51:05 “PAKU” UNTUK MEMBINA BAHTERA NABI NUH DARI KAYU ? ADAKAH INI KISAH ISRAILIYYAT ?

Bertenang.

Tidak semua perkara “Israiliyyat” !

Bahkan kalimah دُسُر ini telah dinyatakan dalam surah al-Qamar ayat 13.

وَحَمَلْنَاهُ عَلَى ذَاتِ أَلْوَاحٍ وَدُسُرٍ

Al-Qamar: 13

“Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan PAKU.”

Kalimah دُسُر bermaksud paku ( المسامير أو ما يربط هذه الألواح ويؤلف بينها بقوة وشدة وإحكام) untuk mengukuhkan hubungan antara papan-papan kayu yang membentuk bahtera Nabi Nuh عليه السلام.

Apa yang menarik mengenai kalimah ini ?

Ia hanya disebut SEKALI sahaja di dalam al-Quran.

Tiada cerita “paku” dalam al-Quran melainkan di sini sahaja.

Pemilihan huruf “dal” pada kalimah دُسُر menggambarkan perbuatan memaku itu sendiri kerana huruf “dal” ini dalam kategori bunyi huruf yang kuat ( شديد مجهور ), lalu ia menggambarkan kekuatan ketukan Nabi Nuh pada setiap paku-paku yang digunakan ketika membina bahtera dengan wahyu Allah SWT.

Pemilihan huruf “ra” pada دُسُر pula iaitu huruf dalam kategori lidah bergetar menggambarkan ketukan yang bertubi-tubi seolah-olah mengisyaratkan bunyi pertukangan Nabi Nuh yang tidak henti-henti.

Begitulah penggambaran al-Quran pada pekerjaan Nabi Nuh AS yang penuh teliti untuk mengelakkan kehancuran bahteranya daripada tiupan angin kuat dan ombak setinggi gunung semasa banjir besar itu nanti.

Kalimah ini “farid” (sekali sahaja dalam al-Quran) kerana Nabi Nuh عليه السلام orang yang pertama sekali di dunia melakukan kerja-kerja pertukangan untuk membina bahtera kayu dengan dikukuhkan setiap bahagian bahtera itu dengan paku (Ibnu Asyur RH).

Kalimah صنع (surah al-Mukminun ayat 27 ; فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا ) sendiri membawa maksud penciptaan kali pertama - dengan wahyu atau ilham dari Allah SWT jua - tanpa didahului apa-apa “prototaip” bahtera sebelum zaman Nabi Nuh AS.

Kalimah دُسُر yang “farid” ini juga menggambarkan inilah satu-satunya kapal kayu di dunia yang tidak mampu dibinasakan ombak lautan walau setinggi gunung. Tiada upaya manusia menghasilkan kapal dari kayu dan paku sebegini lagi untuk menghadapi banjir besar sama ada sebelum era Nabi Nuh mahupun selepas Baginda.

Wallahu a’lam

Bertemu esok dengan 9 lagi kalimah فريد dalam al-Quran.

Barakallah fikum

Syaari Ab Rahman
28 Muharram 1444

Kitab Rujukan :
الأسرار البلاغية في الفرائد القرآنية
أ.د. عبد الله عبد الغني سرجان
2012
567 views14:51
Ochish/sharhlash
2022-08-26 17:51:02
471 views14:51
Ochish/sharhlash
2022-08-26 11:07:55 Berteduh Di Bawah Kisah Maryam Alaihassalam

https://www.facebook.com/TadabburCentre/videos/464553712350912/
552 views08:07
Ochish/sharhlash
2022-08-26 08:00:28
585 views05:00
Ochish/sharhlash
2022-08-26 04:21:38
Berteduh di bawah pepohonan tamar Maryam عليها السلام inshaallah
607 views01:21
Ochish/sharhlash
2022-08-25 15:26:21 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 | 𝐒𝐈𝐑𝐈 8

Assalamualaikum wbt
IBRAH ONLINE telah memasuki siri yang ke 8, kali ini membawakan tajuk Babak Nabi Sulaiman Dengan Utusan Saba’. Terus kekal bersama Ustaz Muhamad Syaari B. AB Rahman sebagai pentazkirah; jom sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Tarikh :
26 Ogos 2022 (Jumaat)

Masa :
9.00 hingga 10.00 pagi

Platform :
Facebook Live JHEAINS Official

Sila tekan pautan link berkenaan untuk pendaftaran: https://pmc.jheains.my/kursus_daftar2.php?kursus=6292

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera
#BekerjaUntukAgama
682 views12:26
Ochish/sharhlash
2022-08-25 15:25:50
628 views12:25
Ochish/sharhlash
2022-08-23 08:26:35 30 topik pelbagai sudut pandang kepada kisah Zulqarnain berasaskan keindahan pemilihan kalimah dan susun atur ayat dalam surah al-Kahfi. Setiap topik dalam 5 minit, tazkirah pendek-pendek agar mudah “grab” point ibrah yang nak disampaikan. Inshaallah. Selamat mendengar. Mulai September ini

1. Kisah-kisah al-Quran kisah kehidupan
2. Zulqarnain dan cahaya berkuasa
3. Rasulullah ditanya mengenai Zulqarnain
4. Antara Zulqarnain dan Nabi Khadir
5. Zulqarnain dan kaedah perubahan
6. Zulqarnain dan prinsip menuntut ilmu
7. Zulqarnain mengamalkan ilmu
8. Di sebalik nama Zulqarnain
9. Zulqarnain mengajar makna mukmin professional
10. Zulqarnain melawan zon selesa
11. Zulqarnain membangunkan potensi manusia
12. Zulqarnain bersungguh menyebarkan Islam
13. Zulqarnain pendengar yang teliti
14. Zulqarnain tidak melakukan generalisasi
15. Zulqarnain dan disiplin tenteranya
16. Zulqarnain mementingkan tarbiah muallaf
17. Zulqarnain dan kepelbagaian mad’u
18. Zulqarnain dan misteri hentian kedua
19. Zulqarnain dan prinsip muhasabah
20. Zulqarnain dan prinsip keadilan
21. Zulqarnain menjauhi populariti
22. Zulqarnain mengajar makna musim haji
23. Zulqarnain dan prinsip mengelak bahaya
24. Zulqarnain dan pemikiran “one step ahead”
25. Zulqarnain dan pengarahan yang jelas
26. Zulqarnain pemimpin berintegriti
27. Zulqarnain dan pemikiran mentoring
28. Zulqarnain dan prinsip itqan dalam pekerjaan
29. Zulkarnain dah prinsip tahmid
30. Zulqarnain dan prioriti dalam dakwah
835 views05:26
Ochish/sharhlash