Get Mystery Box with random crypto!

HEBAHAN NOTIS KESIAPSIAGAAN KEMUNGKINAN BANJIR KILAT PADA 11 N | SajaSembang

HEBAHAN NOTIS KESIAPSIAGAAN KEMUNGKINAN BANJIR KILAT PADA 11 NOVEMBER 2022

Berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS), terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat/ribut petir yang signifikan (dalam tempoh 12 jam).

Negeri-negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Selangor, Johor, Pahang, Kuala Lumpur & Sarawak.

Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari
semasa ke semasa.

#JPSMalaysia