Get Mystery Box with random crypto!

HADIS HARI INI Syaitan lari ketika azan dan kembali semula k | Indahnya Islam

HADIS HARI INI

Syaitan lari ketika azan dan kembali semula kacau bila kita sedang solat

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jika panggilan solat (azan) dikumandangkan maka syaitan akan lari sambil terkentut (ketakutan) kerana tidak (mahu) mendengar suara azan tersebut. Apabila panggilan azan telah selesai, maka syaitan kembali. Dan bila iqamat dikumandangkan setan kembali berlari dan jika iqamat telah selesai dikumandangkan dia kembali lagi untuk mengganggu seseorang diantara dirinya dan hatinya seraya berkata; ingatlah ini dan itu. Hingga orang itu tidak menyedari apakah tiga atau empat rakaat solat yang sudah dikerjakannya. Apabila dia tidak tahu tiga atau empat rakaat maka sujudlah dua kali sebagai sujud sahwi".

- HR BUKHARI -

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Indahnya Islam : klik telegram.me/indahnyaislam