Get Mystery Box with random crypto!

Berat mata memandang Sebaik sahaja menerima berita 4 buah kel | Indahnya Islam

Berat mata memandang

Sebaik sahaja menerima berita 4 buah keluarga dirundung malang akibat kebakaran, saya terus berkunjung ke tempat kejadian di Batu 10 1/2, Gombak.

En Zulkifli yang saya temui jelas sedih mengingatkan tragedi yang berlaku 5 hari lalu.

En Zul bekerja sebagai 'cleaner' Jabatan Orang Asli dengan pendapatan RM 1300 sebulan.

Ketika membantu isterinya yang menjahit baju sambil menjaga anak-anak, mereka terdengar bunyi letupan bersama api marak dan seluruh rumah hangus terbakar dalam sekelip mata.

Mereka hanya sempat menyelamatkan anak-anak yang tergamam ketakutan.

Beliau dan isterinya, seorang penjahit baju telah kehilangan semua yang mereka miliki.

Mewakili Yayasan Ikhlas saya menyerahkan sumbangan RM 1000 dan pek makanan kepada setiap keluarga.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bersama kita ringankan bebanan En Zul dan keluarga, hulurkan bantuan melalui :

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228

Peduli, Prihatin

[ t.me/zainurrashid ]