Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar 32

2022-05-16 10:24:25
2.4K views07:24
Ochish/sharhlash
2022-05-15 09:59:37
Tentera regim Zionis Israel memukul warga Palestin semasa pengebumian wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh di Gereja Katedral Annunciation of the Virgin, Jerusalem pada Jumaat (13/5).

Wartawan veteran Al-Jazeera dari Palestin iaitu Shireen Abu Akleh maut ditembak oleh sniper Zionis Israel ketika sedang membuat liputan serbuan tentera dan polis regim zionis Israel ke atas sebuah kem pelarian di Jenin, Tebing Barat pada Rabu (11/5).

Abu Akleh dilahirkan di Baitulmaqdis pada tahun 1971. Beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian Palestin yang berasal dari Bethlehem.
971 views06:59
Ochish/sharhlash
2022-05-14 16:49:03
Imej satelit terbaharu memberikan gambaran bahawa tentera China sedang mengadakan latihan serangan peluru berpandu ke atas sasaran di Taiwan dan Guam.

Penganalisis berkata imej baharu sasaran tiruan
itu digambarkan menyerupai pangkalan di timur laut Taiwan yang akan menjadi sasaran utama sekiranya berlaku konflik nanti.

Minggu lalu Tentera China telah menjalankan satu latihan peningkatan operasi tempur berhampiran Taiwan.

Pada masa sama juga dilaporkan Taiwan turut menjalankan latihan peluru berpandu dan beberapa latihan lain di selatan dan tenggara negara itu.

: Google/ USNI
1.2K views13:49
Ochish/sharhlash
2022-05-14 15:48:55
[UPDATES] Presiden Amerika Syarikat Joe Biden membuka tirai pertemuan dengan pemimpin negara - negara Asean di Rumah Putih dengan janji untuk membelanjakan $150 juta terhadap infrastruktur, keselamatan, persediaan menghadapi pandemik dan lain-lain dalam usaha mengekang pengaruh China di rantau Asean.

: @potus
1.4K views12:48
Ochish/sharhlash
2022-05-12 06:34:42
Sungguh mereka Regim Zionis ini adalah melampau! Mereka sungguh melampau! Tunggu sahaja balasan Allah kepada mereka Sang Pelampau dan Si pembunuh para nabi Allah.

Pada 11 Mei 2022, wartawan veteran Al-Jazeera dari Palestin iaitu Shireen Abu Akleh maut ditembak oleh sniper Zionis Israel ketika sedang membuat liputan serbuan tentera dan polis regim zionis Israel ke atas sebuah kem pelarian di Jenin, Tebing Barat.

Pada 30 Mei 2000, kanak-kanak Palestin Muhammad al-Durrah berusia 12 tahun dibunuh oleh sniper Israel ketika cuba bersembunyi di belakang bapanya yang bermati-matian cuba melindunginya.

Adakah kekejaman seperti ini akan dilaporkan dan diadili secara terperinci pada dunia? Sudah pasti kita semua tahu jawapannya.
2.4K views03:34
Ochish/sharhlash
2022-05-11 16:01:14
Dilaporkan juga yang terkini, tentera regim zionis Israel telah menembak mati wartawan veteran Al Jazeera dari Palestin Shireen Abu Akleh yang sedang membuat liputan serbuan tentera dan polis regim zionis Israel ke atas sebuah kem pelarian di Jenin, Tebing Barat.

Saban hari, kekejaman rejim zionis yang tidak berhati perut terhadap orang-orang Islam di Palestin semakin memuncak-muncak.

Adakah kekejaman seperti ini akan dipaparkan secara terperinci pada berita-berita dunia? Saya rasa kita semua tahu bagaimana jawapannya.

This is not Ukraine, this is Palestine.
3.1K views13:01
Ochish/sharhlash
2022-05-11 13:06:53 perhatikan betul2 kalam Habib Abu Bakar Al Adni. InshaAllah doakan yang terbaik.
3.3K views10:06
Ochish/sharhlash
2022-05-10 15:39:06
Beberapa hari kebelakangan ini, kerap kita tengok berita-berita amaran terkait dengan inflasi dan krisis makanan. Negara maju dan syarikat global sedang bersiap menuju kepada pertanian, penternakan dan perikanan.

Malah, syarikat gergasi dunia seumpama panik dan mula beralih ke arah pembekalan dan rantaian makanan.

Pointnya, akhir zaman ini masalah cukup banyak. Nabi sudah berpesan sejak 1400 tahun lalu. Nabi sebut bersegaralah buat amal sebelum datangnya fitnah. Fitnah yang datang bagai malam gelap gelita sampai kita tidak boleh membezakan mana Hak dan bathil. Zaman itu bakal menyusul.

Pesan memesan. Sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak tahu cerita dihadapan lagi. Sekurangnya dah ada ikhtiar sama ada terjadi atau tidak itu cerita lain.

Guru-guru dulu ada pesan bilamana berada di fasa akhir zaman eloklah kita berada di kawasan perkampungan. Fikir-fikirkan lah
5.8K views12:39
Ochish/sharhlash
2022-05-06 06:22:02
Dilaporkan bahawa Arab Saudi, Mesir dan beberapa negara Timur Tengah bahkan negara jiran kita iaitu Brunei telah mengharamkan filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness kerana mengandungi babak yang berunsur LGBT.

Mesejnya apa yang boleh disampaikan disini adalah kita bukan liberal dan sekular. No to LGBTQ+. Filem bukan sekadar hiburan, tapi medium untuk menyebarkan idea, pemikiran. Ianya masuk dalam pelbagai cara hingga rakyat dunia menerima, tanpa menolak, menggugut kalau tak menerima.
8.1K views03:22
Ochish/sharhlash
2022-05-03 15:51:54
Muncul satu amaran baharu kepada dunia apabila pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dalam satu wawancara pada Ahad berkata impak pandemik COVID-19 akan menjadi lebih teruk, malah lebih dahsyat daripada apa yang dialami dunia ketika ini.

"Kita belum melihat situasi paling dahsyat," kata Gates dalam temu bual dengan Financial Times.

Semasa acara TED Talk pada tahun 2015, Gates sudahpun bercakap tentang ancaman super-virus. Bill Gates juga telah menulis sebuah buku berjudul "Cara Mencegah Pandemik Seterusnya" di mana dia bercakap tentang apa yang dunia pelajari daripada wabak itu dan cara mencegahnya.
4.8K views12:51
Ochish/sharhlash