Get Mystery Box with random crypto!

Perkembangan terkini keadaan konflik yang berlaku di Sudan dim | Eskatologi Official

Perkembangan terkini keadaan konflik yang berlaku di Sudan dimana 30 rakyat Malaysia telah selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah semalam.

Kepada mereka yang tertanya tanya mengenai apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Sudan ketika ini? Secara asasnya ia adalah konflik perang saudara antara Angkatan Tentera Sudan (ASF) yang dipimpin oleh Presiden Abdel Fattah Burhan menentang pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dimana telah mencapai kemuncak pada 15 April lalu.

Sudan ialah satu contoh “artificial state” yang diwujudkan oleh penjajahan UK. Penggabungan kawasan teras Sudan, Darfur dan Sudan Selatan yang masing-masing mempunyai budaya dan identiti berbeza tersebut telah mengheret mereka kepada pergolakan yang tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini.

Omar al-Bashir merupakan Presiden Sudan selama 30 tahun telah digulingkan pada 11 April 2019, selepas tiga bulan demonstrasi besar-besaran dilakukan oleh rakyat Sudan pada ketika itu terhadap kerajaan al-Bashir. Omar al-Bashir merupakan antara pemimpin yang berpengaruh di rantau Afrika Utara suatu ketika dahulu bersama-sama sebaris dengan Gaddafi, Hosni Mubarak dimana kesemuanya telah digulingkan semasa Arab Spring.

Secara realiti, rakyat yang mengadakan demonstarsi itu menyangka bahawa kejatuhan al- Bashir akan membawa demokrasi yang mereka harapkan. Namun hakikatnya, segala bentuk usaha untuk menjadikan Sudan sebagai salah sebuah negara demokrasi di Benua Afrika selepas kejatuhan pimpinan Omar Al- Bashir (1989-2019) nampaknya belum menemui jalan setelah wujudnya pelbagai faktor dan campur tangan luar dan beberapa negara serantau.

Sudah pasti wujudnya kuasa luar dan beberapa negara serantau yang akan memastikan Sudan tidak akan mencapai negara demokrasi sepenuhnya kerana hasil tersebut akan membawa kepada kenaikan parti-parti Islamis yang akan cenderung kepada Turki dan Qatar.

Alhamdulillah kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana di negara kita tiada perbalahan atau peperangan yang boleh mengancam nyawa. Hargai dan bersyukurlah nikmat ini.