Get Mystery Box with random crypto!

Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam lawatannya ke China ba | Eskatologi Official

Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam lawatannya ke China baru-baru ini berkata Eropah harus mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat dan prlu mengelak daripada diheret ke dalam konfrontasi antara China, Amerika Syarikat, berhubung konflik di Taiwan.

Dalam perjalanan pulang dari pertemuan enam jam dengan Presiden China Xi Jinping, Macron menekankan teori "autonomi strategik" untuk Eropah, yang mungkin dipimpin oleh Perancis, untuk menjadi negara kuasa besar ketiga.

Menurut media AS iaitu Politico, beliau berkata risiko besar yang dihadapi Eropah adalah “terperangkap dalam krisis yang bukan milik kita, yang menghalangnya daripada membina autonomi strategiknya. "

Pemimpin parti dan ahli teori di Beijing percaya Barat sedang mengalami kemelesetan dan China semakin meningkat dan hubungan transatlantik yang lemah akan membantu mempercepatkan aliran ini.

Nampaknya lawatan Presiden Perancis ke China meemberi mesej dan impak yang cukup besar kepada pakatan Eropah ketika ini dalam mendepani ketegangan konflik diantara kuasa besar dunia.