Get Mystery Box with random crypto!

De – dollarisation atau mengurangkan penggunaan dolar Amerika | Eskatologi Official

De – dollarisation atau mengurangkan penggunaan dolar Amerika Syarikat dalam setiap transaksi perdagangan dilihat sebagai agenda utama BRICS dan dijangka matawang Yuan China akan diangkat sebagai matawang utama BRICS. Namun begitu ada juga yang menjangkakan penggunaan “basket currency“ atau matawang pelbagai negara anggota BRICS dalam urusan perdagangan dengan negara lain dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan dollar Amerika Syarikat.

Turut berlaku pada minggu lalu adalah Kenya telah menandatangani perjanjian untuk mengimport minyak mentah dari Arab Saudi dan membayarnya menggunakan matawangnya sendiri dan dijangka akan terdapat banyak lagi pengumuman sebegini bermula sekarang.

Melihat kepada keadaan semasa, BRICS dijangka akan menenggelamkan Amerika Syarikat dan Barat tidak lama lagi seterusnya akan mengakhiri hegemoni dan penguasaannya ke atas dunia. Namun persoalannya adakah Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya hanya akan berpeluk tubuh? Pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk Perang Dunia Ketiga yang mana bunga-bunganya sudah mula kelihatan saat ini. [harakahdaily]