Get Mystery Box with random crypto!

China dan Brazil telah bersetuju untuk berdagang dalam mata wa | Eskatologi Official

China dan Brazil telah bersetuju untuk berdagang dalam mata wang mereka sendiri, meninggalkan dolar AS. China dan Brazil mempunyai perdagangan tahunan melebihi $150 bilion dolar. Ini adalah sebahagian daripada China untuk mengurangkan pergantungan kepada dolar AS.

Dalam pada itu, Rusia, China, Iran dan Arab Saudi semakin menjauhi Dolar AS. Sudah pasti kemungkinan besar AS berada dalam keadaan yang cukup sukar pada ketika ini.

Kita menyaksikan bagaiman China secara strategik mengatasi AS dalam peningkatan status kuasa besar global mereka. Ini sebenarnya merupakan bentuk rampasan kuasa besar oleh Cina, dalam isaha mereka menjadi kuasa besar seterusnya dan satu-satunya menjelang 2030.

Bukan itu sahaja, percaturan geopolitik China kini semakin hari semakin agresif setelah pengumuman dasar luar China yang dibuat oleh Xi Jinping pada 10 tahun lepas iaitu One Belt One Road. Pada masa yang sama, isu pertelingkahan di Laut China Selatan juga dilihat semakin merisaukan dengan kehadiran kapal costguard China di perairan asia tenggara termasuk Malaysia.

Bahkan China juga semakin agresif mewujudkan pakatan ekonomi dan pertahanan dengan penyertaan beberapa kuasa dunia yang lain bagi menyaingi hegemoni AS. China juga dilihat menjadi broker kepada perdamaian beberapa negara seperti Iran-Saudi.

Pertembungan antara blok China dan blok Amerika pada hari ini, dilihat menjadi fenomena yang perlu diperhatikan pada 2023.

Sekadar menimbulkan persoalan, adakah persaingan Amerika dengan kuasa-kuasa lain ini merupakan muqaddimah kepada peralihan kuasa besar dunia dengan kempen perang merupakan jalan terakhir?