Get Mystery Box with random crypto!

Satu tamparan hebat buat peminat fanatik bola sepak di Indones | Eskatologi Official

Satu tamparan hebat buat peminat fanatik bola sepak di Indonesia selepas FIFA secara rasmi melucutkan hak mereka selaku Tuan Rumah Piala Dunia U-20 tahun ini.

Ianya disebabkan isu Gabenor Bali I Wayan Koster menolak kehadiran Israel. Penolakan itu juga turut dilakukan oleh Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo serta beberapa ahli politik dan organisasi lain yang tidak mahu membawa Israel ke tempat mereka.

Khabar angin mengatakan Indonesia bakal digantung beberapa tahun oleh FIFA dan tidak boleh menyertai kelayakan Piala Dunia 2026 & Piala Asia 2027.