Get Mystery Box with random crypto!

Ia adalah “ pembunuhan beramai-ramai “ terbaharu regim zionis | Eskatologi Official

Ia adalah “ pembunuhan beramai-ramai “ terbaharu regim zionis Israel ke atas warga Palestin di mana untuk tahun 2023 sahaja menurut Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB ( OCHA ) seramai 49 warga Palestin termasuk 17 kanak - kanak telah terbunuh akibat kekejaman berterusan rejim zionis Israel.

Pada pagi semalam pula, tentera rejim zionis Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza selepas kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket berikutan ketegangan yang tercetus akibat serbuan ganas tentera regim zionis Israel ke atas bandar Nablus, Tebing Barat. Hasil keganasan rejim Israel, ribuan rakyat Palestin telah bertindak melakukan perarakan di seluruh bandar Palestin dengan melaungkan takbir dan bersumpah untuk melindungi dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa berikutan gesaan kumpulan penentang Lions' Den untuk turun ke jalanan bagi menyokong hak untuk menentang keganasan yang dilakukan rejim Israel.

Dunia perlu segera bertindak tegas menangani kekejaman berterusan rejim zionis Israel. Hakikatnya apa yang dilihat, dunia berpura-pura menangani kekejaman Israel. Pemimpin dunia bermuka-muka menjadi penentang kepada keganasan dan mencintai keamanan. Apabila pencerobohan berlaku di negara sekutu mereka ( Ukraine), lambakkan senjata dan dana perang segera disalurkan kepada Ukraine kononnya membawa sifat keamanan demokrasi walaupun kita tahu ia adalah kerakusan zionis dan barat bagi menonjolkan diri mereka untuk menjadi kuasa besar hari ini. Realiti bagi yang melihat, topeng demokrasi dan hak asasi manusia yang digunakan terbukti tidak diamalkan, apabila ia terkoyak sendiri dam menampakkan wajah mereka yang sebenar.

Kita mengharapkan dan berdoa supaya Zionis berjaya dihapuskan oleh umat Islam, serta Masjid al-Aqsa dan Palestin berjaya dibebaskan.