Get Mystery Box with random crypto!

[UPDATES] Tentera Israel melancarkan serangan udara di Pelabuh | Eskatologi Official

[UPDATES] Tentera Israel melancarkan serangan udara di Pelabuhan Latakia, Syria dengan menyasarkan kontena-kontena barangan pada Selasa, 28 Disember 2021.

Ia merupakan serangan kedua berlaku dalam bulan ini di pelabuhan tersebut.

“Pada kira-kira jam 3.21 pagi, musuh Israel melakukan pencerobohan udara dengan beberapa peluru berpandu dari arah Mediterranean,” lapor agensi berita SANA yang memetik sumber tentera.

Beliau dilaporkan berkata, serangan itu menyebabkan kerosakan material yang besar.

Kontena-kontena yang disasarkan dikatakan membawa minyak dan alat-alat ganti untuk mesin dan juga kereta.

Malah terdapat beberapa kawasan perumahan, hospital, sejumlah kedai dan kemudahan pelancongan yang turut terkesan dan rosak disebabkan oleh letupan besar tersebut.

Dalam pada itu, Pasukan Pertahanan Israel masih tidak memberikan komen tentang serangan berkenaan. - Wakil agensi

: SANA/Handout via REUTERS