Get Mystery Box with random crypto!

Ke arah New World Order: Hanya teori konspirasi? New norms at | Eskatologi Official

Ke arah New World Order: Hanya teori konspirasi?

New norms atau norma baru yang disebut-sebut sepanjang C0vid sebenarnya adalah satu usaha mencorakkan dan menjajah minda kita untuk menerima secara sukarela mahupun paksarela ketidaknormalan baru. Dengan kata lain, new norms adalah old abnormal dan new abnormal. Ia sesuatu yang tidak normal, tidak pernah normal dan tidak patut serta tidak layak diterima dan dijadikan sebagai normal. Ia banyak bercanggah dengan fitrah insani terutama dalam kehidupan bermasyarakat, serta tidak selari dengan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Ia dipromosikan oleh W0rld He4lth Organizati0n dan kemudiannya terma ini dijadikan ratiban atau ‘tasbih rasmi’ di media seluruh dunia seolah menjadi satu kemestian masyarakat dunia.

Kita diasak dengan terma new norms sebagai satu proses halus ke arah New World Order (NWO). Matlamatnya adalah satu proses ke arah pengawalan total seluruh manusia di dunia dan menjadikan manusia sebagai hamba kerakusan pihak tertentu yang ingin mengambil alih hak dan kebebasan manusia lain. Pihak tersebut mahukan manusia berada pada tahap samarata di bawah kawalan mereka dan mahu membuang emosi serta naluri manusia sebanyak-banyaknya.

Untuk mencapai NWO, ketakutan melampau perlu dicipta. Pa4ndemik global C0vid adalah satu ‘alat’ paling ampuh untuk mencipta ketakutan yang tidak berasas.