Get Mystery Box with random crypto!

Dajjal menjanjikan kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikm | Eskatologi Official

Dajjal menjanjikan kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dlm melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akn memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.
.
“Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat Harut dan Marut di negeri Babil” (Surah Al-Baqarah : 102)

Hakikatnya, para Iblis, syaitan, Jin kafir dan sekutunya akan berkerja untuk Dajjal.

Hari ini, kita menyaksikan serangan kuat keatas umat Islam. Serangan musuh sudahpun dihantar hampir ke setiap rumah. Ini adalah perancangan rapi musuh. Serangan yg bertujuan untuk melemahkan jasad, rohani akal dan iman bagi yang sedar.

Dalam situasi sekarang, gelombang sihir ke atas umat Islam sangat kuat. Dengan gabungan teknologi moden, sihir menjadi semakin kuat. Masuk menerusi gelombang ke mana sahaja yang boleh dimasuki.

Maka bagi insan yang hatinya hidup, fikirannya cerdas, jiwanya beriman kepada yang ghaib, dia sudah bersiap sedia dari awal. Berikhtiar sebaik mungkin dan rajin berusaha memperbaiki diri.

Menjaga solatnya dan ibadah hariannya, pemakanannya, memulihkan otak, berikhtiar memulihkan diri. Jangan terpengaruh dengan perkara luar.

Usah bertangguh dalam beramal. Persiapkan…