Get Mystery Box with random crypto!

Zaman menggigit. Asingkan Diri. Duduk diam. Jangan melawan. Te | Eskatologi Official

Zaman menggigit. Asingkan Diri. Duduk diam. Jangan melawan. Teguhkan hati kepada tali Allah dan RasulNya. Jangan terpengaruh kepada sesiapa pun.

Melanda kini sudah jelas dunia memasuki The New World Order. Teruskan bertahan.

Kita tidak mampu untuk melawan sistem hari ini. Tunggu insan pilihan Allah untuk ranapkan kekotoran dunia.

“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.”-Hadis Riwayat al-Tirmizi

Kita menyaksikan hari ini ramai para ulama telah pergi meninggalkan kita.

Kewafatan demi kewafatan ulama memang akan menyedihkan dan menggusarkan hati kita, namun percayalah dan berilah berita gembira pada semua bahawa bumi ini masih lagi akan ada pasaknya, bahkan pasak-pasak yg semakin mendekati akhir waktu ini adalah pasak² yg terpilih & terhebat bakal Allah tinggalkan buat kita.

Bentuklah ikatan keluarga yg beriman, jangan mudah terpengaruh dengan perkara luar. Sampai masanya, Islam akan benar-benar bangkit.

Bersabarlah.