2022-09-03 05:58:19
Sebab liku liku perjalanan hidup kita ini tak pernah sama, malah cara kita hadapi pun turut berbeda.
Namun kita masih berlangitkan Tuhan yang sama, diberi kasih dari Sang Pencipta kita.
Bahkan saat kita telah meletakkan jarak padaNya berulang kali, tetap Tuhan kita tak pernah sekalipun menjauhi.
Malah Dia sangat mencintai hambaNya yang kembali kepada Dia lagi.
Cuma itulah kita,
Bila bahagia dan senang, kita lupa Dia. Bila sakit dan susah baru tahu nak cari Pencipta.
Sungguh! Kita insan yang pelupa. Sekali sakit, baru mahu beringat.
Sedangkan peringatan Allah itu selalu ada di depan mata, cuma kita sedar ataupun tidak.
Justeru hidup kita ini tidak lama mana, malah kita ini cuma menumpang di dunia ini sebagai medan perjuangan untuk kita menempah kehidupan kita disana.
Kita mahu hidup nanti persis apa? Maka hari ini, kita corakkannya.
Mahu senang di sana, pasti perlu lalui sakitnya disini dulu. Sementara inilah bekalan yang akan kita bawa untuk kembali nanti.
Kita tak kuat bukan sekejap sekejap, bahkan seringkali jatuh. Namun demi impian inilah, kita mesti bangkit dari terus lemah.
Karna impian ini, terlalu mahal. Jika benar benar mahu, laluilah sakitnya dulu.
Nanti ada hadiah yang Tuhan berikan yang selayaknya. Pasti!
@DakwahOfHeart
90 viewsedited 02:58