Get Mystery Box with random crypto!

Motivasi Dakwah

Telegram kanalining logotibi dakwahglobal — Motivasi Dakwah M
Telegram kanalining logotibi dakwahglobal — Motivasi Dakwah
Kanal manzili: @dakwahglobal
Toifalar: Din
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 13.45K
Kanalning ta’rifi

Medan Motivasi Dakwah Islamiah dan Dakwah Islahiah untuk semua..Kata-Kata yang menyegarkan nurani dan sanubari kita...
Jemput semua dengan klik di sini 👇👇👇👇👇👇
@dakwahglobal
@dakwahglobal

Ratings & Reviews

2.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Oxirgi xabar 5

2023-03-02 02:32:55
Tazkirah Ramadhan oleh TGNA 2/8

Join t.me/dakwahglobal
448 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55
Tazkirah Ramadhan oleh TGNA 1/8

Join t.me/dakwahglobal
450 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55
Tazkirah Ramadhan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid

T.me/dakwahglobal
457 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55 RAMADHAN ANUGERAH ALLAH KEPADA KITA SEMUA

Meriahnya Ramadhan pada Ibadahnya bukan juadahnya...

Ramadhan medan tarbiah
Membina imunisasi ketaqwaan

Siangnya berpuasa dengan pengisian pelbagai ibadah
Malamnya qiam jua dengan iringan ibadah

Berlapar dengan penuh mujahadah
Berbuka dengan juadah menepati amalan sunnah

Mulakan azam agar Ramadhan kali ini lebih baik dan yang terbaik dari sebelumnya
Kekalkan ia dengan penuh istiqamah

Syukur masih diberi peluang menimba pahala di bulan yang dilipatgandakan pahalanya

Syukur masih diberi ruang masa untuk kita gapai malam yng lebih baik dari seribu bulan-lailatul qadar

Marilah kita berjihad melawan nafsu
Meningkat keimanan, memperbanyak sedekah, mengkhatam mentadabbur al-quran

Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir untuk kita, jangan sia-siakan ia bila berkesempatan masa untuk terus beribadah

Ramadhan membentuk diri kita menjadi insan lebih baik buat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara..

Ingatlah ibadah sunat itu bukan soal kita rajin atau malas, tapi ianya tanda manifestasi kecintaan, kesyukuran, kehambaan kita kepada Allah SWT....

Ikuti Sunnah Rasulullah SAW dalam mengimarah Ramadhan, semampu dan sedaya kita dengan penuh ihtisab

Jangan Sia-Siakan Anugerah Ramadhan oleh Allah SWT kepada kita semua..

Maknakan Ramadhan Kita

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Riwayat Al-Bukhari (38)

*Kongsikan kepada semua semoga ia lebih bermanfaat...

Sertai T.me/dakwahglobal
512 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55 Ramadhan sudah dekat
Ibadah Puasa akan kita tunaikan

Mari bersama kita ulangkaji pemahaman ibadah puasa

Klik https://bit.ly/JAKIMpanduanRamadhan

Sebarkan link ini bersama

Join t.me/dakwahglobal
517 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55 Hadiah Ramadhan

Al-Quran Elektronik yang paling lengkap

Boleh baca di mana sahaja
Lengkap Terjemahan, Tafsir, Qari, Bookmark dan sebagainya

Ramadhan bulan Al-Quran

Download Al-Quran di bawah ini
http://quran.ksu.edu.sa/m.php?l=ar#

Jom sertai @dakwahglobal
523 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55 Cadangan Bacaan Doa-Doa sebelum berbuka puasa

Jom sertai @dakwahglobal
517 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55 DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Jom sertai t.me/dakwahglobal
533 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55 *PERSIAPAN RAMADHAN*

1. MENGHIMPUNKAN *MAKAN MALAM DGN BERBUKA PUASA* adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypothalamus (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypothalamus yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. JANGAN WINDOW SHOPPING ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypothalamus. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. JANGAN LEWATKAN solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......

4. SELEPAS SOLAT MAGHRIB, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm solat isyak minum SETENGAH CAWAN AIR CAMPURAN 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblend.

6. SOLAT ISYAK & TERAWIH BERJEMAAH.
Solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. PASTIKAN AMBIL MOREH RINGAN. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. SEBAIKNYA TIDUR SBLM PKL 12 MLM UTK KEREHATAN. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. SELEPAS itu bangun utk QIAMULAIL. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. SEMPURNAKAN 13 / 23 rakaat solat sunat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. SELEPAS QIAM, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg.* Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. SAHUR.
Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam

11. SELEPAS SAHUR, TERUS SOLAT SUBUH BERJEMAAH.

12. JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH kerana gangguan kepada hypothalamus. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

13. TIDUR QAILULLAH ( 1 JAM SEBELUM ZOHOR). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

CARA MAKAN KURMA... 60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi, mariami

PUASA JUGA ADALAH DETOKSIFIKASI.
Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr 8 jam

Moga dari Ramadhan hingga keakhir Ramadhan dan dibawa kebulan-bulan seterusnya tingkatkan ibadah hasil dari latihan Ramadhan.

Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga...

Jom sertai @dakwahglobal
646 views23:32
Ochish/sharhlash
2023-03-02 02:32:55 Kelebihan Solat Malam

Qiyam di malam hari di bulan Ramadhan

Jom sertai @dakwahglobal
652 views23:32
Ochish/sharhlash