2022-09-08 09:58:03
8 persamaan orang nak berjaya dan kaya:
1. Sangat banyak bersyukur. Mereka setiap hari bersyukur dengan:
- kehidupan semalam dan hari ini.
- kerja semalam dan perancangan hari ini.
- rumah yang ada hari ini dan sebelum ini.
- keluarga yang sentiasa ada.
- makanan, kesihatan serta orang sekeliling.
2. Melabur untuk diri sendiri.
- membaca setiap hari.
- menduduki kelas (ramai CEO akan hadiri kelas CEO, Leadership dan sebagainya).
- ada guru, ada idola dan mentor.
- sentiasa mahu buat perkara baru.
3. Mengutamakan keluarga.
- kerja keras untuk keluarga.
- sangat sibuk namun berusaha bersama keluarga.
- mengutamakan ibu bapa, isteri dan anak-anak.
4. Menerima masa lama dan berusaha mencipta masa depan.
- setiap perkara buruk yang berlaku adalah pengalaman.
- setiap perkara akan datang adalah perancangan dan harapan baru.
5. Sentiasa ada support sistem yang sangat kuat. Mereka ada:
- keluarga yang sentiasa di sini.
- team yang setia.
- pelanggan yang mendapat produk berkualiti dan servis terbaik.
- penjual, ejen dan reseller yang berbuat baik.
6. Bersaing dengan diri sendiri sahaja, bukan dengan orang lain.
- lihat diri setahun lepas berbanding hari ini.
- lihat diri 3 tahun lepas berbanding hari ini.
- lihat diri 5 tahun lepas berbanding hari ini.
7. Buang perkara negatif.
- tidak membaca perkara negatif.
- tidak buka ruang kepada perkara tak elok masuk ke dalam kepala.
- sentiasa positif dan berusaha cari jalan penyelesaian.
8. Tidak memburukkan diri sendiri dan letak kebergantungan kepada Allah.
- sentiasa cakap "Allah sentiasa bersama aku."
- sentiasa cakap "Allah akan bantu aku."
- sentiasa cakap "Allah beri ujian kerana Allah tahu aku boleh hadap dan selesaikan."
Kawan-kawan,
Kita semua nak berjaya. Kita semua nak kaya raya. Lagi kaya lagi banyak dapat bantu orang lain. Dapat tolong dan sentiasa dapat memberi di sana sini.
Mari ubah mindset, mari ubat perangai. Ubah circle ubah semua. Belum terlambat nak berubah. Kita mula terus hari ini perlahan-lahan ya. Semoga usaha kita membawa kepada kejayaan dan kekayaan yang diredai Allah. Amin.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah.
149 views H a n i e_D J a s m i n e, 06:58