2022-12-08 09:48:36
Syurga ALLAH
untuk hati yg bersih "Pada hari dimana harta dan anak-anak tidak lagi berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap ALLAH dengan hati yang bersih"
Asy-Syu'ara':88-89
Sungguh aneh, bagi orang yang selalu memerhatikan wajahnya yang menjadi pusat perhatian manusia, dengan dibasuh, dibersihkan, dan disolek supaya tidak terlihat jelek ataupun buruk dihadapan manusia lainnya.
Tetapi dia tidak memerhatikan hatinya yang menjadi pusat perhatian Sang Khaliq, dengan cara mensucikan dan menghias dengan kebaikan, supaya tidak terlihat kotor dihadapanNya
Imam Al-Ghazali
Ketahuilah, kita hanya boleh sampai kepada ALLAH dengan hati kita yang bersih.
Bukan dengan badan yang cantik,
Bukan dengan ilmu yang banyak,
Bahkan bukan ibadah kita.
Kerana semuanya hanyalah "kaedah" untuk sampai sahaja. Tetapi belum pasti kita akan dapat capai ke Hadratillah atau tidak.
Seandainya hati dipenuhi dengan kesombongan, riak dan ujub, pasti semuanya pasti tertolak.
Maka persiapkan hati yang bersih. Untuk sampai kepada TuhanMU.
Kita Pendosa terpilih
@Dakwah_Bidadari
210 views H a n i e_D J a s m i n e, edited 06:48