Get Mystery Box with random crypto!

Bagaimana nak bersihkannya? . Segala aspek kehidupan ini bermu | ﷽ ᏴᎪᏟK ᎢᎾ ᎪᏞᏞᎪᎻ 😊❤️

Bagaimana nak bersihkannya?
.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah).
.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya ALLAH jadikan hatiku bersih."
.
2) Selawat keatas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3X.
.
.
@Dakwah_Bidadari