Get Mystery Box with random crypto!

Masa tak menunggu sesiapa, tak berhenti dan tak berjalan perla | ﷽ ᏴᎪᏟK ᎢᎾ ᎪᏞᏞᎪᎻ 😊❤️

Masa tak menunggu sesiapa, tak berhenti dan tak berjalan perlahan. Walau jam berhenti berjalan, masa akan terus berjalan.

Sehari ada 24 jam, begitu banyak masa yang Ada, tetapi tetap rasa begitu sedikit. Masa yang digunakan untuk hal yang tak bermanfaat, akan cepat terasa sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar dah malam.

Perjalanan hidup ni pendek. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin dengan cara yang tak disangka – sangka kita akan kembali pada Allah.

Masa bergerak seiring dengan perjalanan hidup kita. Tanggungjawab kita untuk guna masa dengan sebaiknya. Hidup akan terus berjalan, takkan kekal dengan masa silam.

Kita ni manusia selalu mahu menyelesaikan semuanya dalam masa sehari. Saya pun gitu. Nak selesaikan semua perkara hari tu juga. Ianya hanya beri tekanan hari kita jadi tak produktif.

Fokus buat satu – satu perkara, susunkan jadual dan utamakan yang paling penting dan perkara yang menjadikan semuanya lebih mudah. Buat secara berperingkat dengan perkara yang berbeza pada masa yang berlainan.

Kawan, nak capai sesuatu kuncinya utamakan yang utama. Ia mengurangkan gangguan kita untuk capai perkara yang kita nak, selesaikan yang tertangguh, dan berikan masa kita pada orang – orang yang penting dalam hidup kita.

Bismillah.

Masa kita, kita yang atur nak bagaimana.

#kuncirezekidankebahagiaan
 @Dakwah_Bidadari