Get Mystery Box with random crypto!

Bangun pagi-pagi, selalu letak dalam kepala keyakinan ini. Al | ﷽ ᏴᎪᏟK ᎢᎾ ᎪᏞᏞᎪᎻ 😊❤️

Bangun pagi-pagi, selalu letak dalam kepala keyakinan ini.

Allah itu ada. Allah maha berkuasa. Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya.

Bila kita rasa hidup kita sukar, ingat Allah kan ada. Allah berkuasa menjadikan apa saja kesukaran itu sebagai kesenangan.

Bila kita ada masalah, ingat Allah kan ada. Allah berkuasa menunjukkan kepada kita jalan keluar terhadap segala masalah.

Bila kita nampak ada cabaran di depan kita, ingat Allah kan ada. Allah dengan mudah akan menukar cabaran itu menjadi peluang untuk kita.

Itu semua kerja Allah. Biarkan Dia yang menentukan apa yang sepatutnya untuk kita.

Tugas kita ialah berusaha bersungguh-sungguh. Selepas itu serahkan segala-galanya kepada Allah. Tawakkal saja.

Takkan la Allah nak biarkan usaha kita berlalu begitu saja. Dia kan maha adil. Cepat atau lambat, kita akan merasa manisnya kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan dugaan.

Selamat pagi semua kawan-kawan yang sabar.

Hidup mesti diteruskan. Allah dah janji. Allah tak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mengubahnya!

@Dakwah_Bidadari