Get Mystery Box with random crypto!

Modus operandi “suami orang” ni biasanya sama sahaja. Dia da | ﷽ ᏴᎪᏟK ᎢᎾ ᎪᏞᏞᎪᎻ 😊❤️

Modus operandi “suami orang” ni biasanya sama sahaja.

Dia datang dalam keadaan menceritakan keburukan isterinya.
Semua yang isterinya buat tak kena di matanya.

Dialognya sama sahaja iaitu:

“Kenapalah isteri i tak macam you ye.”
“Kalaulah dia boleh faham macamana you faham i. Kan bagus!”
“Kenapalah i tak kenal you lebih awal ea.”

Dan macam-macam lagi kata penyesalan darinya dan masa itu dia bukan main puji lagi kamu seolah-olah kamulah paling sempurna di matanya.

Waktu itu jika kamu hanyut dengan kemanisannya, maka kamu automatik jadi orang ketiga.

Tetapi kalau kamu mempertahankan diri dan tak layan segala kata-katanya, kamu wanita hebat dan kuat.

Para wanita sekalian,

Ketahuilah pada saat dia menceritakan keburukan dan kekurangan isterinya, dia sebenarnya sedang mendedahkan kelemahan diri sendiri.

Tanya padanya, bila kali terakhir dia buat isterinya gembira?
Bila kali terakhir dia menyantuni dan membantu isterinya menguruskan rumah?
Bila kali terakhir, dia menjadi imam di rumah?
Bila kali terakhir, dia mencium isterinya seusai solat berjemaah?

Jika dia boleh jawab dengan tepat dan jawapannya itu adalah, “baru-baru ini.”

Maka suruh dia pulang ke rumah dan terus melayani isterinya dengan baik.

Namun jika dia belum buat semua itu. Pun kamu patut suruh dia pulang ke rumah untuk jalankan amanah serta tanggungjawabnya sebagai suami yang sebenar.

Suruhlah dia menjaga isterinya baik-baik di rumah.

Pesan padanya untuk perbaiki kekurangan isteri dengan kelebihan yang dimilikinya dan tutuplah aib rumahtangganya dari pengetahuan orang luar.

Kamu dikira orang luar dan tak patut tahu apa yang berlaku dalam perkahwinanannya. Itu hal mutlak.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Block saja suami orang tu. Jangan layan.

Kredit FB Page: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah