Get Mystery Box with random crypto!

Dia tak solat, hidup mewah je! Pernah tak terlintas di benak | ﷽ ᏴᎪᏟK ᎢᎾ ᎪᏞᏞᎪᎻ 😊❤️

Dia tak solat, hidup mewah je!

Pernah tak terlintas di benak fikiran kita soalan tu? Malah banyak amalan dalam Islam dia tak buat pun.

Bagaimana pulak yang bukan Islam? Ramai yang kaya raya. Mereka lagilah tak solat.

Sedangkan kita ni katanya rajin solat dan buat amalan lain, kehidupan biasa-bisa je. Malah ada yang masih miskin tak kaya-kaya pun.

Kita rasa kita solat. Benarkah ikhlas? Atau masih disulami perasaan riya'? Semoga kita dijauhi daripada perasaan ini.
.
.

Astaghfirullah.

Delete terus persoalan tu dari akal fikiran. Allah kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Inilah bukti keadilan Allah SWT.

Ya, memang benar mereka tidak beriman atau ingkar akan perintah Allah.

Tapi pasti dalam hidup mereka pernah buat kebaikan. Ramai yang kita dengar hartawan, jutawan yang bukan Islam pun sangat dermawan.

Malah yang kita kata mereka tidak solat, mungkin mereka pernah melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian mereka.

Contohnya mereka suka bersedekah, beri makan kucing atau burung ke, ringan tangan suka membantu orang lain dalam kesusahan atau apa sahaja kebaikan yang kekadang kita pun tak terbuat.
.

Nah, Allah Maha membalas kebaikan mereka. Tapi Allah tidak redha membalasnya di akhirat. Allah membalas kebaikan mereka di dunia sehingga mereka boleh hidup selesa dengan Kemurahan Allah SWT.

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Inilah yang kita takut. Semoga Allah melindungi kita daripada istidraj.
.
.

Bagaimana pula dengan kita? Ya, kita rasa kita sudah solat. Kita rajin berzikir dan melaksanakan perintah Allah.

Tapi, kita juga pendosa. Kita pasti pernah melakukan kesalahan dan dosa meskipun tanpa kita sedari. Mungkin juga ada perbuatan kita yang Allah tidak redha.
.

Maka, Allah juga Maha Membalas perbuatan salah kita. Tapi Allah tidak membalasnya di akhirat, Dia terus membalas kesalahan dan dosa kita di dunia ini (mudah-mudahan).

Bagaimana? Bentuk balasan-Nya berupa kesulitan, kesusahan atau pelbagai dugaan dalam kehidupan kita. Sentiasalah bersabar dan bersyukur. Insya'Allah nikmatnya nanti di syurga.

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [Ali Imran: 200]
.
.

Semoga kita sentiasa tergolong di kalangan hamba-Nya yang bersyukur dan bersabar.

Toksahlah asyik merungut membandingkan kekayaan orang lain, kenapalah dia kaya aku miskin? Kenapalah rezeki dia sentiasa lancar dan aku tersekat-sekat?

Tepuk dada tanya hati. Muhasabah diri. Pasti ada kesalahan pada diri menjadi benteng untuk rezeki masuk.

Dosa adalah benteng rezeki kita!

Sentiasalah beristighfar memohon keampunan pada Illahi. Mudah-mudahan kita semua mencapai kekayaan dunia, kaya hati dan kaya jiwa.


Pecahkan benteng rezekimu, agar rezeki mengalir deras bak air bah. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi rezeki.

@Dakwah_Bidadari